Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS!
Faisal · Sep 2, 2021 07:00 PM
0
0
Minggu lepas, kami telah melaporkan beberapa maklumat baru mengenai Toyota Avanza generasi seterusnya (D26A) yang mana ia ada rujukan dengan Perodua Alza yang akan datang (D27A).
Kalau diperhatikan, Toyota Avanza generasi baharu bakal debut di Indonesia dengan tiga spesifikasi utama iaitu E, G dan Veloz. Pada masa yang sama, majoriti daripada varian itu menggunakan kombo enjin 1.5L 2NR-VE dan transmisi CVT.
Menariknya, ciri ADAS Toyota Safety Sense (TSS) nampaknya turut hadir pada varian pertengahan.
Di sana, Daihatsu Xenia adalah kembar kepada Toyota Avanza. Cumanya, ia disasarkan untuk pasaran lebih bawah yang mana majoriti daripada varian untuk model baru nanti bakal ditawarkan dengan enjin 1.3L 1NR-VE seperti berikut:
1.3 M MT
1.3 X MT
1.3 X CVT
1.3 R MT
1.3 R CVT
1.5 R MT
1.5 R CVT
1.5 R ASA CVT
Secara teknikal, Toyota Avanza generasi baharu akan hadir dengan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Buat pertama kali juga, ia akan berpacuan roda hadapan. Konfigurasi yang sama juga dikhabarkan beransur pada Perodua Alza yang akan datang.
Dengan penggunaan platform DNGA pada trio Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa, Alza-Avanza baharu mungkin mendatangkan juga ciri Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lake Keep Assist (LKA). Kalau betul, ciri ini bakal meletakkan mereka berdua sebagai yang pertama dalam segmen tersebut.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.