window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k!

Khairil ยท Apr 22, 2021 03:00 PM

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 01

Sejak dilancarkan pada 2016, motosikal skuter cilik Yamaha Ego Avantiz kekal relevan di pasaran tempatan sehingga kini dan bagi tahun 2021, ia tampil dengan penawaran warna baharu.

Warna baharu yang diperkenalkan oleh pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu adalah Red (merah), Blue (biru) dan Matte Green (hijau kusam).

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 01

Selain pilihan warna, corak grafik yang ditampilkan juga diberi gaya baharu namun yang menarik, harganya kekal seperti versi sebelum ini iaitu RM 4,873.31.

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 02

Harga yang dicadangkan itu begitupun tidak termasuk insuran, yuran pendaftaran dan cukai jalan.

Juga baca: Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 03

Sekalipun tersenarai dalam motosikal CKD (Pemasangan tempatan) yang dikecualikan Duti Eksais sebanyak 100 peratus, HLYM menyatakan harga yang dikemukakan itu hanyalah panduan dan boleh diubah.

Sebagai perbandingan, harga jualan ketika skuter ini diperkenalkan termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sekitar RM 5,700.

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 04

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal. Ego Avantis 2021 menggunakan trenkuasa berkapasiti 124 cc, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api (Fi), Penyejuk Udara, teknologi Blue Core yang didakwa mampu memberikan hamburan kuasa yang mencukupi serta menawarkan penjimatan bahan api.

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 05

Kuasa yang dihasilkan adalah 9.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 9.6 Nm pada 5,500 rpm. Sistem transmisi pula adalah V-Belt automatik.

Ciri-ciri lain adalah ia seberat 96 kg, tangki minyak seluas 4.2 liter, ketinggian pelana 773 mm dan sistem henti menggunakan brek cakera pada roda depan dan jenis dram di belakang.

Yamaha Ego Avantiz (2021) di pasaran Malaysia, tiga warna baharu, harga RM 4.8k! 06

Kepada yang berminat, skuter yang dikatakan mampu memberikan tunggangan selesa dan menyeronokkan sudah pun berada di pasaran.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda