window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu?

Khairil ยท Mar 12, 2021 08:48 PM

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu? 01

155 cc dan VVA. Itu antara intipati menarik daripada 'teaser' terbaharu Hong Leong Yamaha Motor (HYLM), hari ini mengenai model baharu yang bakal dilancarkan pada 18 Mac ini, jam 7.00 malam

Berdasarkan dua maklumat penting itu, ia seakan memberi bayangan jelas model baharu yang bakal dikeluarkan itu adalah sama seperti motosikal 'Super Moped' yang diperkenalkan di pasaran Vietnam iaitu Exciter 155 VVA.

Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan menerusi klip video berdurasi 13 saat yang menampilkan artis popular, Zizan Razak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelakon, pelawak dan penyanyi terkemuka itu begitupun sekadar membuat pengumuman mengenai pelancaran model baharu beserta info 155 cc dan VVA tanpa sebarang perincian lanjut.

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu? 01

"Nak saksikan saya Zizan Razak melancarkan motosikal Yamaha 155 cc dengan VVA, jangan lupa 18 Mac ini, hari Khamis malam Jumaat pukul 7 malam dekat Facebook Yamaha Malaysia. Lambat tinggal."

Sekalipun tiada kepastian mengenainya, namun dua maklumat penting berkenaan sememangnya menjurus kepada model Exciter 155 VVA yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu? 02

Ini kerana model berkenaan memang menggunakan enjin baharu 155 cc dan turut dipadankan dengan teknologi VVA.

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu? 03

Mengulas lanjut mengenai Exciter 155 VVA, ia sememangnya sudah berada di Malaysia berdasarkan laporan foto intip mengenai motosikal berkenaan yang melakukan ujian jalan raya pada Januari lalu.

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu? 04

Justeru, bukan sesuatu yang mustahil HLYM bakal melancarkan model berkenaan.

Begitupun, persoalan mengenai penggunaan namanya sama ada 'Y15ZR V3' atau 'Y155 VVA' atau nama lain masih menjadi teka-teki yang hanya dirungkai pada Khamis ini. Ayuh sama-sama kita nantikan.

 

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda