window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Abang Viva masih aktif bantu mangsa banjir, kali ini di Baling walaupun lambat sikit

Mersita · Jul 7, 2022 09:00 AM

Abang Viva masih aktif bantu mangsa banjir, kali ini di Baling walaupun lambat sikit 01

Siapa tak kenal Abang Viva, sukarelawan terkenal yang kisahnya membantu mangsa banjir besar di Shah Alam tular di serata media sosial? Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar, baru-baru ini dilaporkan hadir membantu mangsa banjir di Mukim Kupang, Baling, Kedah setelah fenomena kepala air menjejaskan kawasan tersebut pada Isnin lalu.

Azwan bersama tiga lagi rakannnya tiba di Kampung Iboi, salah satu kawasan penempatan yang terjejas, pada awal pagi Selasa. Namun, kehadiran mereka disambut dengan air yang sudah mula surut manakala semua penduduk yang terperangkap dan berdepan risiko telahpun dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), lapor Malaysia Gazette.

Abang Viva masih aktif bantu mangsa banjir, kali ini di Baling walaupun lambat sikit 02

Tangkap layar video di TikTok

Walaupun tidak sempat membantu mengeluarkan mangsa dari kawasan terjejas, pasukan Abang Viva yang sudahpun menempuh perjalanan jauh dari Melaka meneruskan misi bantuan mereka dengan membantu penduduk membersihkan kediaman yang diselaputi lumpur.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kehadiran Mitsubishi Triton dengan stiker ‘Abang Viva’ di Baling, Kedah menarik perhatian ramai. Beberapa video dikongsikan oleh orang awam di TikTok dan rata-rata berasa gembira dan terharu dengan kesungguhan sukarelawan disegani ramai itu.

@firdausheqin9091 abg viva dah smpai baling#fypシ #laguviral2021 #balingkedah #abgviva ♬ original sound - ki

Seperti ramai sudah sedia maklum, Azwan mula meraih perhatian apabila dia sanggup menempuh perjalanan seorang diri dari Melaka ke Shah Alam berbekalkan sebuah Perodua Viva dengan bot ringan di bumbung hatchback kecil itu sejurus selepas menerima berita banjir besar di Lembah Klang pada Disember 2021.

Abang Viva masih aktif bantu mangsa banjir, kali ini di Baling walaupun lambat sikit 01

Usaha dan niat tulusnya untuk membantu mangsa banjir menyentuh hati ramai pihak, sehinggakan sepasang usahawan kosmetik menghadiahkannya sebuah Mitsubishi Triton. Trak pikap inilah yang digunakannya untuk membantu lebih ramai lagi mangsa-mangsa banjir di merata-rata tempat sepanjang tahun ini.

Juga baca: Bukan setakat hadiah motosikal, ‘Abang Viva’ kita diberi Mitsubishi Triton dari jutawan kosmetik!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda