window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Achey kumpul sekitar 30 motosikal kapcai – kebanyakannya cagaran untuk bantu orang

Mersita · Oct 20, 2020 11:50 AM

Achey kumpul sekitar 30 motosikal kapcai – kebanyakannya cagaran untuk bantu orang 01

Seorang artis dan pelawak tanah air, Achey, yang juga peminat motosikal kapcai dan sukan motocross pernah mengumpul lebih 30 motosikal kapcai yang disimpan di pelbagai lokasi. Jangan terkejut - kebanyakan motosikal kapcai ini katanya diperolehi sebagai cagaran dan ada juga yang disimpan kerana ada nilai sentimental tersendiri.

Bintang Maharaja Lawak Mega 2019 itu pernah memuatnaik di laman Instagramnya tahun lepas menceritakan yang beliau memiliki 37 buah motosikal mampu milik yang diminatinya. Sebahagian daripadanya dicagarkan kepadanya kerana ingin membantu mereka yang dalam kesusahan, manakala sebahagiannya pula dibeli kerana ada nilai sentimental dari ahli keluarganya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya 37biji....Aku minat moto bukan sebab aku banyak benar duit... gunung kalau di tarah lama2 rata juga... tapi motosikal MAMPU MILIK yang aku minat dan aku beli kebanyakannya adalah hasil dari kenangan2 aku yang aku pernah bawak,tengok,idaman mahupun duduk sahaja di atasnya... .. .. hampir separuh motosikal yang aku beli bukan atas apa2 ..tapi ada juga di sebabkan HAMBA ALLAH dalam kesusahan .. nak pinjam risau dia tak bayar.. jadi diorang jual moto apa yang ada walaupun motosikal itu takla cantik mana dgn nilai yang mereka nak pakai... tapi atas kerana ada sifat yang mak bapak aku ajar dari kecik tu sikit dalam diri maka tolong la... tolong sana, tolong sini sampai laa dah berbijik2 menjadi koleksi.. .. .. BFE8525 modenas kriss 110 first model.. dulu moto ni kepunyaan abg aku @razipfotovideo .. dia tak jual tapi aku bela..masa dia kerja keyyel dulu .. asal balik kg je aku laa yang hantam ini moto dengan bangganya tunjuk kt kawan2... moto ni fav aku g marhaban kalau raya.. moto ni jugak buat aku kena bantai dengan @razipfotovideo pasal bawak jauh2 takda lesen dulu.. dia marah je tapi abg yang lain seronok tibai aku .. 🤣🤣.. .. . Aku takkan biarkan moto ni ketinggalan zaman... sbb aku ada kenangan dengannya... bantuan @aqid_jumali_54 aku jet3 mm piston 58mm gearbox kacuk, coverset full hitam , rim sp522 rcb di pasang oleh @xgear_bikers_zone , uma 28, ekzos daeng4 dari @syahid_shaidan .. itu je.. masih lagi dlm pembikinan sikit.. sbb moto lain pun nak manja2 jugak 🤣🤣... .. Sekian sahaja dulu.. kita sambung lagi nanti #krissakti #sejarahmotoachey #kintangkintung #gengasap #petiknyala #pepahje #acheyracingteam #mudgone

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru-baru ini, beliau memberitahu Astro Gempak yang jumlah koleksinya kini adalah sebanyak 28 buah motosikal dan sebahagian daripadanya sudahpun dijual. Achey menjelaskan yang kadangkala ada yang datang kepadanya untuk meminjam wang dan hanya ada motosikal lama untuk dijadikan sebagai cagaran.

"Contohnya motosikal jenama Modenas Kriss ada empat buah, SYM ada tiga buah. Satu jenis ada banyak yang sama," katanya kepada Astro Gempak.

Achey kumpul sekitar 30 motosikal kapcai – kebanyakannya cagaran untuk bantu orang 01

Sumber: Instagram @acheykintangkintung

Tapi, rata-rata dari mereka tak datang untuk mengambil semula motosikal tersebut. Maka, Achey bertindak mengambil motosikal tersebut untuk dibaiki. Tambahan pula, ada beberapa motosikal tersebut dianggap model ‘rare’.

Antara motosikal model klasik yang menarik perhatian ramai peminat termasuklah WMoto Cub Classic 110cc milik Achey.

Achey juga memberitahu publikasi itu yang sebahagian daripada koleksi tersebut dijual untuk dijadikan modal membeli rumah. Achey yang sememangnya terkenal dengan sukan permotoran pernah dinobatkan sebagai Ikon Permotoran Viral.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda