window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan!

Zamil Syaheer · Aug 31, 2022 10:00 AM

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 01

Perodua Alza 2022 serba baru mungkin nampak lebih elegan dan premium daripada pendahulunya, tetapi sesetengah pemilik mungkin berpendapat bahawa Alza standard nampak ‘tak ngam’ dengan personaliti mereka. Nasib baik Perodua ada menawarkan penyelesaian untuk MPV 7-tempat duduk yang sangat popular ini.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 02

Alza dengan kit Gear Up di sebelah kiri

Kami menerima banyak permintaan untuk melihat apakah perbezaan di antara Alza 2022 standard dengan unit dengan kit badan Gear Up Prime bersebelahan satu sama lain. Maklumlah, kit badan Gear Up ini berharga RM 2,500, jadi mestilah nak tahu cun ke tak cun kan?

Kedua-dua unit Alza 2022 ini merupakan varian AV yang tertinggi (bermula dari RM 75,500), tetapi hanya unit berwarna Vintage Brown yang dipasang dengan aksesori Gear Up.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding dengan Myvi facelift, kit badan Gear Up untuk Alza 2022 kelihatan agak santai, berbeza dengan Myvi yang nampak seperti “Predator”. Oleh itu, hanya splitter hadapan sahaja yang diperlukan untuk menaikkan lagi seri Alza 2022, siap dengan lampu LED DRL.

Baca juga: Perodua Myvi facelift dah padu tapi tak cukup lengkap? Dapatkan terus aksesori rasmi Gear Up

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 01

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 02

Aksesori kit badan ini juga bersambung di bahagian belakang dengan bampar serta sayap yang lebih sporty.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 03

Nampak tak kunci khas untuk nat tayar

Turut dilengkapi pada bahagian luar Alza Vintage Brown ini adalah visor pintu Gear Up yang berharga RM 160 dan satu set nat kunci roda sekuriti yang bermula dari RM 200. Yang terakhir ini sepatutnya mengelakkan kecurian roda pada Alza kesayangan anda.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 04

Beralih kepada interior pula, pemilik boleh memilih sarung tempat duduk Prime dua tona yang diperbuat daripada bahan PVC. Ini tersedia untuk ketiga-tiga varian Alza, bermula dari RM 1,000.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 05

Jika anda inginkan cahaya yang lebih untuk Alza, anda boleh memasang lampu lantai untuk bahagian hadapan dan belakang (dari RM 250) dan plat skid LED (dari RM 300).

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 06

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 07

Alza berwarna Vintage Brown ini juga dilengkapi dengan pakej utiliti yang bermula dari RM 390 dan dilengkapi dengan visor pintu yang disebutkan di atas, dulang bagasi, dan karpet jenis 'coil'.

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 08

Sama seperti mana-mana model Perodua Gear Up, prestasi kekal sama. Alza hanya tersedia dengan enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural 2NR-VE (106 PS/138 Nm) yang digandingkan dengan kotak gear automatik D-CVT merentasi kesemua 3 varian:

  • Alza 1.5 X - RM 62,500
  • Alza 1.5 H - RM 68,000
  • Alza 1.5 AV - RM 75,500

Baca juga: Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 09

Alza dengan kit Gear Up di sebelah kanan

Melihat kepada kedua-dua Alza dengan dan tanpa kit Gear Up, kebanyakan kami di WapCar BM lebih suka rupa standard tetapi sekurang-kurangnya kit badan Gear Up ini tidak terlalu ‘over’ berbanding tawaran yang ada untuk Myvi atau Ativa.

Baca juga: Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan! 10

Alza dengan kit Gear Up di sebelah kiri

Ketinggian yang rendah, serta rupa campuran ala wagon, crossover, dan MPV memang cun, tetapi jika anda ingin mendapatkan aksesori yang nampak elegan (secara rasmi, bukan melalui Shopee), maka tawaran Gear Up ini memang sesuai.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda