window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis!

Haris ยท Jan 26, 2023 10:00 AM

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 01

Kredit: Karrera Showroom

Perjalanan Honda Civic Type R (FL5) 2023 di Asia Tenggara kini diteruskan dengan pelancarannya di Filipina. Terhad dalam 40 unit sahaja tersedia โ€“ kesemuanya telah habis dijual โ€“ walaupun hadir dengan tanda harga yang mahal iaitu PHP 3,888,000 (~RM 300k).

Harga ini merupakan kenaikan 17% berbanding harga Civic Type R facelift FK8 pada PHP 3.2 juta (~RM 250k) tahun 2021. Ia juga merupakan Honda Civic Type R kedua yang dilancarkan di sana, selepas model FK8 yang disebutkan.

Spesifikasi Honda Civic Type R 2022

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 02

Tidak lagi dihasilkan di kilang Swindon, UK berikutan penutupan kilang itu, Honda Civic Type R generasi FL5 kini dibuat di Jepun. Lebih menarik lagi, ini merupakan kali pertama Civic Type R dihasilkan di sana sejak Civic Type R FD2 yang pernah dijual eksklusif di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 01

Model pasaran Amerika

Honda Civic Type R yang dihasilkan hari ini adalah generasi yang paling berkuasa, dipacu oleh 320 PS dan 420 Nm dari enjin empat silinder 2.0 liter turbocaj K20C. Seperti model pendahulunya, spesifikasi transmisi kekal dengan pacuan roda hadapan (FWD) yang disokong oleh transmisi manual 6-kelajuan.

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 02

Penutup enjin berwarna merah kebanggaan Type R

Spesifikasi lain antaranya dilengkapi dengan limited slip differential (LSD), brek Brembo, dan tayar Michelin Pilot Sport 4S yang melekat di sekitar rim 19-inci pastinya akan menambah prestasi dan reputasi hatchback ini.

Baca: Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi!

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 03

Model pasaran Amerika

Namun ini bukanlah sebuah kenderaan yang memfokuskan prestasi perlumbaan semata-mata. Ciri keselesaan seperti sambungan Android Auto/Apple CarPlay melalui paparan infotainment 9-inci, dilengkapi dengan 12 pembesar suara Bose membuktikan bahawa ia tetap sebuah hatchback konservatif.

Ia juga dilengkapi dengan upholsteri dalaman baldu berongga udara dengan rona merah dan hitam, tombol gear logam, dan skrin instrumen digital yang memaparkan semua jenis data perlumbaan, dari masa pusingan hingga keadaan kereta secara masa nyata.

Ada duit pun tak boleh beli; 2023 Honda Civic Type R rasmi di Filipina, dari RM 300k, 40 unit disapu habis! 04

Ciri keselamatan pula dikendalikan oleh 8 beg udara (termasuk beg udara lutut untuk pemandu dan penumpang hadapan), serta suite ADAS penuh Honda Sensing yang benar-benar membantu ketika memandu di jalan raya.

Baca: Tempahan Honda Civic Type R (FL5) digantung buat sementara waktu di Jepun sebab permintaan 'kaw kaw!'

Bagi pasaran Malaysia pula, ada kemungkinan besar hatchback prestasi ini akan datang ke Malaysia berdasarkan rekod jualan Honda Malaysia yang konsisten sejak 2014. Seperti biasa, Honda Civic Type R generasi FL5 tidak akan dijual pada harga yang murah; harga permulaan dijangka bermula dari RM 350k.

Baca: Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda