window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada Ford Ranger baharu yang diacah untuk Malaysia, model facelift atau generasi baharu?

Haris · Dec 2, 2021 11:59 AM

Ada Ford Ranger baharu yang diacah untuk Malaysia, model facelift atau generasi baharu? 01

Sementara negara jiran mengalu-alukan model generasi baharu, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah memuatnaik imej acah untuk ketibaan Ford Ranger facelift 2022 baharu ke Malaysia.

Merujuk kepada negara jiran kita, Ford Ranger facelift telah dilancarkan setahun lalu di Thailand dengan menampilkan gril hadapan trapezoid baharu, rim aloi hitam dan perincian hitam pada beberapa bahagian. Bahagian belakang trak juga menambah bidai penutup kuasa yang akan menutup keseluruhan dasar ruangan kargo dengan kemas.

Baca: Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada Ford Ranger baharu yang diacah untuk Malaysia, model facelift atau generasi baharu? 01

Imej dari Ford Malaysia

Selain daripada itu, Ford Ranger facelift akan kekal dengan enjin 2.0 liter Bi-Turbo yang dipercayai, menghamburkan sehingga 213 PS dan 500 Nm. Enjin itu masih dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Ciri keselamatan juga tidak berubah dengan tawaran seperti AEB dengan pengesanan kenderaan dan pejalan kaki, Amaran Perlanggaran Hadapan serta Amaran dan Bantuan Lorong Berlepas.

Ada Ford Ranger baharu yang diacah untuk Malaysia, model facelift atau generasi baharu? 02

Ford Ranger Wildtrak facelift pasaran Thailand

Perhatikan bahawa ciri-ciri yang disenaraikan ini tersedia pada Ford Ranger Wildtrak facelift yang dilancarkan di Thailand pada November 2020. Hal ini menimbulkan persoalan kerana Ford Ranger generasi serba baharu sudah diacah untuk pasaran ASEAN, adakah Ford Ranger Wildtrak facelift ini adalah model facelift atau varian istimewa untuk menghabiskan stok (ebelum SDAC melancarkan generasi baharu)? Ikuti Wapcar-BM untuk sebarang maklumat terkini.

Baca: Spyshot: Jaga-jaga, Ford Ranger generasi baru 2022 sudah diintip di Thailand!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda