window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021!

Khairil ยท Nov 10, 2021 02:00 PM

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 01

Sejak Honda melancarkan skuter PCX 160 tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya model apakah yang bakal menerima naik taraf serupa. 

Dan daripada pelbagai model yang dicanang, skuter yang popular di rantau ini iaitu Honda Vario 150 (Click) dijangkakan bakal menerima kemas kini berkenaan. Dan berdasarkan maklumat terbaharu, skuter berkenaan berpotensi untuk dilancarkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021.

Juga baca: Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 01

Ia adalah informasi yang diperoleh daripada media automotif Indonesia, motorplus dan bukannya diperoleh daripada PT. Astra Honda Motor (AHM) sendiri.

Sebagai antara pasaran motosikal terbesar dunia, Indonesia memang menjadi antara destinasi pelancaran model baharu dengan kali terakhir AHM melancarkan model baharu di GIIAS adalah Honda ADV 150 pada 2019 lalu.

Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 02

Justeru, bukan satu perkara yang mustahil atau pelik untuk Honda Vario 160 dilancarkan di GIIAS pada tahun ini.

Sebagai model naik taraf dan seperti namanya, Honda Vario 160 akan menggunakan trenkuasa yang sama dan tampil dengan ciri-ciri canggih seperti Honda PCX 160.

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 03

Ia dipadankan dengan enjin bersesaran 156.93 cc bersama teknologi eSP+, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, SOHC dan 4 Injap dengan kuasa yang dihasilkan mencapai angka 16 Hp pada 8,500 rpm manakala tork 15 Nm pada 6,500 rpm. 

Juga baca: Kembali 'panas', Honda Click (Vario) 160 dengan rekaan baharu, eSP+, 4 Injap, bakal dilancar hujung tahun ini!

Sebagai perbandingan, model Vario 150 datang dengan enjin 149.30 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, SOHC dan 2 Injap dengan kuasa dihasilkan adalah 13 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.4 Nm pada 5,000 rpm.

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 04

Selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ia juga dikatakan bakal memperoleh ciri canggih HSTC (Honda Selectable Traction Control).

Berdasarkan info yang diperoleh juga, harga Honda Vario 160 dikatakan Rp 2 juta (RM 582) lebih mahal berbanding Vario 150 yang ketika ini dijual dalam dua varian.

Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021! 05

Untuk Honda Vario 150 Exclusive, harga yang ditawarkan AHM ialah Rp 25.565 juta (RM 7,442) (atas jalan Jakarta) manakala Vario 150 Sporty Series dan Exclusive Matte Black dijual pada harga Rp 24.715 juta (RM 7,195).

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Sebagai info, GIIAS 2021 akan berlangsung pada 11 hingga 21 November 2021 di Indonesia Convention Exhibition, Jakarta.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda