Ada insuran motosikal pasti 'selamat'? Ini 5 perkara yang anda perlu tahu!
Khairil ยท Aug 1, 2021 02:00 AM
0
0
Sebagai pemilik kenderaan di Malaysia, insuran bukanlah satu pilihan malah kewajipan di mana pemilik yang tidak mempunyai polisi berkenaan boleh berdepan tindakan undang-undang.
Secara asasnya, seperti mana-mana insuran, polisi yang diambil adalah untuk memberi perlindungan terhadap kenderaan milik anda atau pihak yang berkaitan.
Sebagai penunggang motosikal, risiko kemalangan terhadap anda dan kenderaan anda jelas lebih tinggi berbanding kenderaan lain. Selain itu, motosikal juga terdedah kepada elemen luaran termasuk kelusuhan, kecurian dan kerosakan.
Begitupun, setiap polisi ada hadnya dan di Malaysia, polisi insuran untuk motosikal terutamanya yang bersesaran rendah, tidak begitu tinggi.
Kerana itulah, perlindungan insuran yang penting terutama yang mencukupi dan bersesuai adalah cara terbaik untuk merendahkan risiko berkenaan.
Jadi untuk persoalan adalah dengan memiliki polisi insuran boleh membuatkan anda 'lega'? Ini panduan yang kami dapat kongsikan, berpandukan maklumat daripada syarikat insuran, Liberty Insurance mengenai perlindungan terhadap motosikal anda.
1. Mahal atau murah
Ramai pemilik kenderaan beranggapan pilihan polisi paling murah adalah lebih baik terutama dari sudut kewangan. Tetapi hakikatnya, perlindungan insurans mereka adalah di bawah nilai sebenar kenderaan ketika insurans dibeli boleh menyusahkan anda ketika diperkukan.
Selain tidak dapat mendapatkan jumlah tuntutan penuh, pemilik juga boleh dikenakan denda dan jumlah tuntutan akan ditolak mengikut kadar nilai insurans terkurang mengikut pelan mereka.
2. Fahami skop perlindungan
Tidak seperti perlindungan kereta yang boleh merangkumi perkakasan seperti cermin sisi, cermin depan, tempat duduk kanak-kanak dan sebagainya, perlindungan insuran motosikal agak asas.
Bagaimanapun secara amnya, perlindungan terhadap kereta dan motosikal sama seperti membabitkan kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran, kecurian, kemalangan, kecederaan atau kematian pihak ketiga dan kehilangan dan kerosakan harta milik pihak ketiga.
3. Keperluan perlindungan tambahan
Sekalipun ramai pemilik motosikal berpendapat perlindungan tambahan tidak diperlukan, tetapi ia mungkin menjadi satu pelengkap untuk memastikan anda mendapat perlindungan secara menyeluruh kepada pelan sedia ada.
Sebagai contoh, perlindungan tambahan kepada pembonceng adalah penting untuk memastikan adanya perlindungan kepada keluarga atau orang tersayang. Selain itu, perlindungan tambahan untuk banjir juga penting terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mudah ditelenggami air.
Apapun, bertaya dahulu kepada penyedia polisi insuran tetapi menurut Liberty Insurance, pertanyaan bagi mendapatkan perlindungan tambahan yang memerlukan bayaran tambahan pastinya akan dibalas dengan jawapan 'tidak'.
4. Lebih dari perlindungan biasa
Berikutan risiko yang tinggi terhadap penunggang motosikal di mana mereka lebih terdedah kepada kemalangan di jalan raya, pandangan supaya mendapatkan insurans Kemalangan Peribadi (Personal Accident/PA) cadangan yang bernas.
Perlindungan ini menyediakan pampasan kepada anda jika berlakunya kecederaan, kehilangan upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Situasi ini dapat memberikan ketenangan kepada ahli keluarga atau pemilik daripada dibebani dengan masalah kewangan apabila berlakunya kemalangan.
Selain itu, ia juga memberi perlindungan terhadap perbelanjaan pengkebumian atau kes yang membabitkan lumpuh seluruh badan.
Justeru, insurans kemalangan peribadi adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan sebagai tambahan kepada pelan insurans yang sedia ada.
5. Ketahui polisi anda
Bagi memastikan perlindungan terhadap anda mencukupi, adalah penting untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai polisi yang ditawarkan oleh penjual insurans.
Untuk insurans motosikal yang terbaik, cuba pertimbangkan untuk mengambil polisi yang komprehensif yang memberikan perlindungan kepada motosikal ke atas kehilangan dan kerosakan disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian; kecederaan dan kematian pihak ketiga dan kehilangan dan kerosakan harta benda pihak ketiga.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.