window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak!

Zamil Syaheer · Aug 20, 2021 05:30 PM

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak! 01

Sebanyak mana sekalipun sistem keselamatan elektronik yang ada pada kereta anda, perlu ingat bahawa fizik adalah fizik. Ambil contoh, kemalangan yang melibatkan Toyota Yaris ini yang secara ‘selambanya’ melanggar sebuah Proton Wira, dimana sebuah BMW 330i F30 terkena tempiasnya.

Seperti yang anda lihat dari video di bawah ini, pemandu Yaris - mengambil selekoh dengan terlalu laju sehingga mengakibatkan understeer (tayar depan tidak dapat mencengkam), dan akhirnya melencong ke lorong yang bertentangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah Proton Wira yang berwarna merah menjadi mangsa kebodohan pemandu tersebut, kena hentam di bahagian kanan depan dan juga kereta yang merakam kejadian tersebut.

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak! 01

VSC boleh mengawal understeer/oversteer, tetapi ada hadnya

Sekiranya anda memerlukan bukti lanjut bahawa sistem keselamatan elektronik tidak dapat menyelamatkan pemandu dari kebodohan, inilah dia. Sistem sedemikian dapat membantu mengurangkan keadaan di luar kawalan, tapi bukannya menaikkan skil pemanduan anda.

Juga baca: Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti!

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak! 02

Nak lari mana, bro? Lihat sisi rakaman lain disini.

Jadi apakah yang kita dapat belajar dari insiden ini? Ketahuilah had kemampuan memandu dan kereta anda.

Syukur pemandu Wira kelihatan ok kerana dia masih dapat melambaikan tangannya dan cuba keluar dari keretanya. Walaupun bagaimanapun, nampaknya Wira tersebut boleh dikira sebagai ‘total-lost’. Lihat betapa remuknya tiang A dan juga posisi sistem gantungan depan.

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak! 03

Salam takziah. Kredit imej.

Kami faham, ‘lockdown’ ini telah menganggu emosi dan mental kita, lebih-lebih lagi pada peminat pemanduan. Jika anda ada peluang untuk memandu, kawal emosi anda dan berpada-pada. Ingat – jalan raya bukan milik anda.

Alternatif lain adalah dengan membeli 'racing simulator'. Tak perlu keluar rumah pun anda dah boleh cuba pelbagai jenis disiplin permotoran.

Klik pautan ini: Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000!

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak! 04

Pandu selamat, jiwa selamat. Sekiranya anda ingin meneroka had kenderaan anda, lakukanlah di persekitaran yang betul dan selamat (seperti acara trek, atau kursus khas).

Di jalan awam, jangan sesekali cuba melakukan aksi yang sama, kerana anda mungkin akan menyusahkan pelbagai pihak, baik hidup ataupun mati.

Juga baca: 5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda