window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa!

Khairil ยท Apr 22, 2021 10:00 AM

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 01

Sekalipun pulang dari GP Portugal tanpa pungutan mata, prestasi yang ditampilkan jaguh Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada perlumbaan berkenaan boleh disifatkan sebagai meningkat.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 02

Beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP, Hafizh menamatkan perlumbaan di tangga ke-18 sekaligus memperbaiki keputusan yang dicatat di GP Doha pada pusingan sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya!

Tetapi apa yang mengagumkan, keputusan yang dilakar pelumba kelahiran Ampang di Litar Portimao itu diraih ketika jenteranya mengalami masalah brek belakang sepanjang perlumbaan berlangsung.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 01

Mengakui apa yang berlaku sebagai tiada rezeki, pelumba berusia 26 tahun itu kemudian meluahkan sesuatu yang mungkin sudah lama bermain di fikirannya di laman Instagram miliknya terutama mengenai layanan atau prosedur operasi standard (SOP) kepada atlet negara.

Juga baca: Hafizh Syahrin akui belum 100 peratus, tapi fokus hadapi ujian Moto2 di Qatar

"Tak tahu nak cakap apa kejap boleh kejap tak boleh. Ada vaksin dan ujian calit, jangan cakap la, berpuluh kali tapi saya semua tiada nilai. Memang susah nak maju kalau macam ni," tulisnya.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 02

Pelumba berkenaan turut membandingkan SOP yang dikenakan kepada atlet di negara ini dan di Eropah.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 03

"Best je tengoh atlet Eropah balik dari perlumbaan terus berlatih. Tak ada kuarantin sebab dia orang buat swab test, negatif sebelum tiba ke negara asal. Sebab tu la kebanyakan atlet dari Eropah lebih berjaya dari kita kerana negara dia faham atlet mereka.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 04

"Kita tak minta pun dilayan seperti orang atasan atau pun raja, sekurang-kurangnya ada kelonggaran untuk atlet berlatih atau lakukan kuarantin di rumah. Tujuan balik bukan untuk enjoy seperti orang biasa tetapi atas sebab tertentu kerana kos hidup di Eropah sangat tinggi.

"Bila atlet tak perform kita juga yang kena tembak kata kita tidak perform. Tetapi inilah realiti sekarang.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 05

"Campak atlet di hotel kuarantin lepastu ada perlawanan minggu depan. Apa yang atlet boleh buat di hotel selama seminggu. Tidur dan makan saja nak perform memang jauh lagi la jawabnya. Sekurang-kurangnya di rumah ada peralatan boleh berlatih berbanding di hotel," katanya.

Ada sesuatu terbuku di hati Hafizh Syahrin. Penunggang negara luah rasa kecewa! 06

Selepas Portugal, perlumbaan pusingan 4 MotoGP dijadual berlangsung di Sepanyol di Litar Jerez pada 2 Mei ini.

Sumber imej: Facebook NTS RW Racing GP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda