window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada syarikat pengendali e-hailing beroperasi tanpa lesen - MOT beri amaran pada pemandu, penumpang

Mersita ยท Aug 30, 2022 03:30 PM

Ada syarikat pengendali e-hailing beroperasi tanpa lesen - MOT beri amaran pada pemandu, penumpang 01

Syarikat pengendali e-hailing yang gagal mematuhi undang-undang seperti memperbaharui lesen yang telah luput atau gagal memaparkan maklumat pemandu kepada penumpang bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi satu kenyataan hari ini berkata sebuah syarikat pengendali e-hailing didapati gagal memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) mereka seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).

Selain itu, syarikat berkenaan juga didapati gagal memaparkan eVP pemandu atau membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya sepertimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A(8) Akta 715.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada syarikat pengendali e-hailing beroperasi tanpa lesen - MOT beri amaran pada pemandu, penumpang 01

Foto: ExpatGo

Juga baca: Selepas e-hailing, penghantar makanan juga bakal diwajibkan ambil lesen khas - kali ini GDL!

Tanpa menyatakan sebarang nama, MOT berkata syarikat berkenaan tidak dibenarkan memperbaharui LPP mereka yang telah pun luput pada 14 Julai 2022 dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telahpun mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada 18 Ogos 2022.

Kegagalan mematuhi undang-undang yang ditetapkan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna dan juga pemandu yang menggunakan aplikasi terbabit untuk mencari penumpang. Para pemandu dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi sebegini bagi mengelakkan sebarang risiko atau liabiliti yang tidak diingini.

Ada syarikat pengendali e-hailing beroperasi tanpa lesen - MOT beri amaran pada pemandu, penumpang 02

Juga baca: Proton Saga 2022 Standard Lite diperkenal - varian baru pada RM 38k, dituju untuk e-hailing & teksi

Sebagai penumpang pula, anda dinasihatkan untuk sentiasa memastikan maklumat seperti nama sebenar, jenis dan warna kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan, serta gambar pemandu ditunjukkan dengan jelas semasa menempah perjalanan menggunakan mana-mana aplikasi e-hailing atas dasar keselamatan.

“Individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” sebut kenyataan itu.

Juga baca: MP Lembah Pantai guna khidmat Dego Ride ke Parlimen, e-hailing motosikal kini dah dibenar beroperasi?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda