window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah anda boleh menutup ‘Eco Mode’ pada Perodua Myvi?

Faisal · Sep 2, 2020 02:13 PM

Adakah anda boleh menutup ‘Eco Mode’ pada Perodua Myvi? 01

Untuk maklumat anda, Perodua Myvi tidak mempunyai "Eco Mode" seperti yang terdapat pada kereta Honda, Toyota atau BMW dimana ia mengubah respon transmisi dan enjin. Perodua Myvi hanya mempunyai Eco Indicator yang menunjukkan gaya pemanduan.

Adakah anda boleh menutup ‘Eco Mode’ pada Perodua Myvi? 02

Ia berfungsi sebagai penilai kepada gaya pemanduan anda sama ada menjimatkan atau sebaliknya melalui kelajuan semasa, input pedal minyak, dan pilihan gear.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti ciri "Eco Drive Assist Indicator" pada model Proton yang baharu, simbol daun hijau akan dinyalakan apabila anda memandu secara efisien dimana ia boleh menjimatkan penggunaan bahan api. Sebaliknya, simbol tersebut akan dipadamkan.

Adakah anda boleh menutup ‘Eco Mode’ pada Perodua Myvi? 01

Penunjuk Eco boleh menggalakkan pemanduan yang lebih lancar. Ia ibarat seperti anda sedang melakukan misi ketika sedang bermain alat permainan video dimana kemunculan simbol hijau itu menunjukkan anda telah mencatat skor yang tinggi. Pada masa yang sama, ia membantu anda untuk menggunakan bahan api dengan lebih cermat.

Seperti yang anda tahu, Perodua Myvi varian 1.3L X dan ke atas mempunyai ciri "auto start/stop" yang dipanggil Eco Idle. Ia berfungsi dengan mematikan enjin apabila berhenti sepenuhnya dan menghidupkan semula apabila pedal brek dilepaskan.

Namun demikian, ia bukanlah sistem auto start/stop yang paling lancar dan cekap. Ia lebih kepada gangguan berbanding sebuah ciri yang berguna. Oleh itu, kami akan menutup fungsi Eco Idle setiap kali memulakan perjalanan selepas menghidupkan enjin.

Umumnya, Eco Mode pada Perodua Myvi hanyalah sebagai penunjuk yang menggalakkan anda untuk memandu dengan lebih efisien. Walaupun ciri ini boleh ditutup seperti video di bawah, prestasi enjin masih dikekalkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda