window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza

Mersita · Jun 26, 2020 04:54 PM

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza 01

Daihatsu Rocky dan kembar seirasnya, Toyota Raize, telah diberi skor maksimum 5 bintang untuk perlindungan keselamatan perlanggaran oleh Japan New Car Assessment Program (JNCAP).

Berbeza dengan Euro NCAP, JNCAP memberi skor berbeza untuk keselamatan pasif (perlindungan semasa perlanggaran) dan keselamatan aktif (penghindaran perlanggaran).

Bagi ujian keselamatan semasa perlanggaran, Rocky cemerlang dengan 5 bintang, mendapat skor 85.7 / 100 poin. Tetapi, ia kurang cemerlang bagi aspek kedua iaitu penghindaran perlanggaran dimana ia cuma meraih 73.6 / 141 poin – meletakkan skor ASV+++ pada tahap sederhana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semua prestasi ADAS (advance driver assistance systems) pada Rocky/Raize cemerlang dalam ujian JNCAP, tetapi berbeza bagi AEBnya (autonomous emergency braking) untuk pengesanan pejalan kaki.

Dalam ujian perlanggaran impak penuh bahagian hadapan, perlindungan pemandu dinilai pada tahap 4 dari 5 bintang. Manakala perlindungan bagi penumpang pula mendapat 5 bintang penuh. Impak sisi juga diberi 5 bintang. Untuk Autonomous Emergency Braking System (kereta dengan kereta), skor prestasi ialah 31.7 dari 32 poin.

Lane Departure Prevention System, Rear-view Monitoring System, High Performance Headlight dan pedal Misapplication Prevention pula mendapat skor cukup sempurna.

Ujian perlanggaran kereta-dengan-kereta setakat ini cukup cemerlang, tetapi bagaimana pula prestasi Autonomous Emergency Braking System untuk mengelak pejalan kaki?

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza 01

Dalam ujian Pencegahan Perlanggaran JNCAP – senario Nearside (CPN) dimana seseorang berjalan menuju laluan kereta yang memacu laju – Rocky/Raize mampu mengelak perlanggaran pada kelajuan sehingga 35 km/jam.

Tetapi dengan ujian kelajuan 40 - 50 km/jam pula, kereta tersebut melanggar patung ujian walaupun sistemnya masih mampu mengurangkan kelajuan kepada 19.2 – 38.4 km/jam.

Dalam ujian yang lebih mencabar pula iaitu Pencegahan Perlanggaran – senario Nearside dengan Halangan (CPNO) dimana pejalan kaki tiba-tiba muncul di laluan kereta – Rocky/Raize gagal lagi sekali pada semua perlanggaran dan semua kelajuan yang diuji iaitu dari 25 – 45 km/jam.

Pengurangan kelajuan juga tidak berapa signifikan dalam ujian kedua ini, menyebabkan skornya menurun dengan mendadak. Pada kelajuan 35 km/jam, kelajuan pada impak dengan patung ujian ialah 33.7km/jam. Pada 40 km/jam dan 45 km/jam pula, kelajuan hanya berjaya dikurangkan sehingga 39.0 km/jam dan 44.9 km/jam setiap satu – hampir tiada perbezaan disini.

Oleh itu, Rocky/Raize cuma dapat skor 12.9 / 80 poin dalam ujian pedestrian collision avoidance.

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza 02

AEB yang digunakan oleh Daihatsu Rocky dan Toyota Raize adalah sama dengan ASA 2.0 yang digunakan oleh Perodua Axia, Bezza, dan Aruz (Perodua Myvi menggunakan ASA 1.0). Sistem ini bukanlah yang tercanggih di pasaran, tetapi ia cukup bagus untuk kereta bajet. Perlu diingatkan bahawa Proton tidak menawarkan sebarang kelengkapan yang setara dalam Proton Saga, Iriz, dan Persona.

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza 03

Toyota Raize pasaran Jepun yang diuji oleh JNCAP dikilangkan dibawah kontrak bersama Daihatsu, dan ia adalah versi Daihatsu Rocky yang dinamakan semula. Ia dijangka untuk diperkenalkan di Malaysia oleh Perodua hujung tahun ini.

Adakah Daihatsu Rocky cukup selamat? Ujian JNCAP tunjuk skor berbeza 04

Perodua telah mengesahkan yang mereka sedang berusaha untuk memperkenalkan sebuah model SUV untuk Malaysia. Tetapi, mereka tidak mengesahkan yang SUV baru tersebut akan berlandaskan model Daihatsu Rocky pasaran Jepun. Model SUV Perodua yang akan datang sering digelar dengan kod nama projeknya iaitu D55L.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda