window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya

Mersita · Oct 6, 2020 08:00 PM

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 01

Pemilik kereta Porsche dan Subaru mungkin berlainan personaliti dan latar-belakangnya. Walaupun kedua-dua jenama kereta ini berbeza dalam pelbagai aspek, satu perkara yang dikongsi ialah minat mereka terhadap enjin ‘flat’ atau ‘boxer’ yang digunapakai di dalam kereta-kereta mereka.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 02

Secara ringkasnya, enjin ‘boxer’ ialah enjin dengan piston melintang yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain. Selain daripada Porsche dan Subaru, ada juga beberapa model kereta lain yang menggunakan konfigurasi enjin ‘boxer’ ini. Antaranya ialah Citroen 2CV, Toyota S800, dan Chevrolet Corvair.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 01

Alfa Romeo juga menggunapakai enjin ‘boxer’ di dalam beberapa model mereka seperti Alfasud, Sprint, Arna, 145, dan 146.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 02

Alfa Romeo Arna. Enjin ‘flat’ di dalam kereta pacuan roda hadapan/FWD. Gambar

Ya, enjin 'boxer' bukanlah enjin istimewa hanya untuk Porsche dan Subaru. Memang banyak jenama lain yang berjinak-jinak dengan enjin jenis ini. Tapi, hanya Porsche dan Subaru kekal setia dengan konfigurasi ‘boxer’ sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, ciptaan enjin ‘Flat’ atau ‘Boxer’ ini patut dikreditkan kepada Karl Benz dan jurutera-jurutera beliau pada 1897. Dahulunya ia dipanggil “Contra Engine” dan ia hanya ada dua silinder.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 03

Benz Dos-à-Dos dengan ‘contra engine’ (1899)

Memandangkan hanya Porsche dan Subaru yang masih setia dengan enjin ‘boxer’, ia telah menjadi enjin istimewa yang ada peminat-peminatnya sendiri. Apa yang membuatkan enjin ‘boxer’ ini hebat, atau sebaliknya? Di bawah kami senaraikan kebaikan dan keburukannya untuk penilaian anda sendiri.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 04

Enjin ‘contra’ oleh Karl Benz

Kebaikan – Pusat graviti yang rendah

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 05

Enjin ‘boxer’ atau ‘flat’ (rata) padan dengan reka bentuknya. Enjin tersebut sememangnya rata dan beratnya semua ke bawah.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 06

Anda boleh cuba pandu Subaru Forester dan Toyota RAV4 untuk merasa sendiri kelainan enjin ‘boxer’. Anda juga boleh cuba Subaru XV / Mazda CX-30.

Kedua-duanya mempunyai tetapan suspension yang serupa – ‘Macpherson struts’ di hadapan dan ‘double wishbones’ di belakang. Satu perkara yang membezakannya ialah konfigurasi enjinnya.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 07

Subaru Forester mempunyai ‘body roll’ yang lebih rendah berbanding RAV4 dan ini disebabkan oleh enjin ‘boxer’ yang mempunyai pusat graviti lebih rendah. Ya, Subaru mempunyai pemanduan semua roda yang simetri, tapi pusat graviti kereta memberi lebih impak terhadap tahap ‘body roll’ kereta tersebut.

Kebaikan – Keseimbangan sempurna

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 08

Enjin ‘boxer’ diseimbangi dengan sempurna kerana daya primer dan daya sekunder kedua-duanya seimbang.

Biar kami beri penjelasan ringkas tentang perkara ini.

Enjin tiga silinder, secara sendirinya, mempunyai daya primer yang tidak diseimbangkan.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 09

Tiga silinder, bukan empat.

Piston-piston di dalam enjin tiga silinder ini tidak membatalkan berat satu sama lain. Inilah sebabnya mengapa enjin tiga silinder perlu ditala/ditetapkan dengan lebih terperinci (contohnya, aci pengimbang/’balancer shaft’) untuk menyeimbangkan gerakannya. Honda ada cara mereka yang tersendiri dalam mengimbangi enjin tiga silinder. Secara semulajadi, enjin tiga silinder ‘in-line’ juga tidak mempunyai daya sekunder yang seimbang.

Enjin empat silinder ‘in-line’ selalunya mempunyai daya primer yang diseimbangi.

Bagaimana pergerakan silinder di dalam enjin ini?

Apabila dua omboh ('piston') berada di atas ('Top Dead Center') dan dua lagi omboh di bawah (Bottom Dead Center), omboh-omboh ini secara semulajadinya membatalkan berat satu sama lain.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 10

Dua omboh keatas dan dua omboh kebawah. Gambar: ​​​autodesk

Walaubagaimanapun, daya sekundernya tidak diseimbangi. Apabila dua omboh naik (TDC) dan dua omboh turun (BDC), ‘stroke’ di bahagian atasnya lebih laju berbanding ‘stroke’ di separuh bahagian bawahnya – menyebabkan ketidakseimbangan bagi daya sekundernya.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 11

Setiap silinder mempunyai satu lagi silinder yang membuat pergerakan sama dari arah bertentangan, dan ini secara efektifnya membatalkan daya/berat satu sama lain.

Enjin ‘boxer’ ketara jadi pemenang dalam aspek ini kerana separuh daripada ombohnya membatalkan daya dari separuh lagi ombohnya yang lain. Dua ombohnya bergerak ke kiri dan dua lagi bergerak ke kanan pada kelajuan yang sama ke arah yang bertentangan.

Keburukan – Saiz

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 12

Enjin ‘boxer’ lebih lebar. Gambar: Engineering Explained

Enjin ‘boxer’ bersaiz lebih besar daripada enjin ‘inline’. Walaupun jimat ruang di bahagian atasnya, enjin ‘boxer’ sangat lebar. Pernahkan anda terfikir kenapa Porsche tak pernah meletakkan enjin ‘flat’ mereka di dalam kereta enjin hadapan mereka? Sebenarnya, agak sukar bagi sesiapapun untuk memuatkan enjin ‘boxer’ di bahagian depan kereta.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 13

Porsche 944. Gambar

Porsche 924, Porsche 944, dan Porsche Panamera tidak menggunakan enjin ‘flat’.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 14

Menurut Tetsuya Tada, enjin ‘inline’ di hadapan lebih mudah untuk dikendalikan.

Memandangkan enjin ‘boxer’ lebar, agak sukar bagi pembuat kereta untuk memasukkan enjin ke dalam ruang enjin hadapan tanpa mengganggu ruang untuk rak stereng dan komponen-komponen lain. Perkara ini juga disahkan oleh Tetsuya Tada, ketua jurutera bagi Toyota 86 dan Toyota Supra.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 15

Eh?

Keburukan – Sukar untuk diselenggara

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 16

Enjin Porsche selalunya perlu diturunkan supaya mudah untuk diselenggara. Gambar: rennlist.com

Enjin ‘flat-four’ memerlukan lebih banyak komponen berbanding enjin ‘in-line 4’ standard. Enjin ‘flat-four’ memerlukan lebih satu lagi kepala enjin, ‘camshafts’, kepala gasket, dan ‘timing belts’ berbanding enjin ‘inline-4’.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 17

Jika dibandingkan dengan enjin V, komponen enjin ‘boxer’ lebih sedikit. Tapi, penyelenggaraan enjin ‘boxer’ lebih sukar sedikit kerana ketiadaan ruang untuk mengakses kepala enjin. Mekanik terpaksa mengeluarkan enjin ‘boxer’ dari kereta semata-mata untuk menukar kepala gasketnya.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 18

Sekurang-kurangnya penapis minyak lebih mudah dicapai. Gambar: Renegade motorsports

Rumusan

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 19

Enjin ‘boxer’ menawarkan kelebihan dari segi pusat graviti yang rendah serta keseimbangan sempurna. Kekurangannya pula termasuklah saiz enjin dan kesukaran dalam proses selenggaranya.

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya 20

Tak ramai yang sanggup menghasilkan kereta dengan konfigurasi enjin ini, dan mungkin juga ada pembeli yang batalkan niat untuk membeli kereta dengan enjin ‘boxer’ ini. Tapi, bagi yang faham akan kelebihannya, ada juga yang setia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda