window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan?

Faisal ยท Sep 24, 2020 09:39 AM

Adakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan? 01

Sebagai pengguna jalan raya, semestinya kita perasan akan kepelbagaian jenama bahan api di pasaran. Mereka bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna supaya ia terjual.

Jenama seperti Petronas, Shell, BHPetrol, Petron, dan Caltex memasarkan produk mereka dengan menarik supaya pengguna lebih tertarik untuk menggunakan jenama mereka. Setiap jenama juga mempunyai formula yang unik untuk memberikan produk yang bermutu tinggi.

Adakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam menyelesaikan pelbagai urusan harian dimana kita harus bergerak dari titik A ke titik B, pilihan khusus untuk jenama bahan api kurang menjadi keutamaan. Oleh itu, campuran antara jenama yang berlainan telah menimbulkan persoalan.

Hal ini disebabkan oleh formula dan sentuhan yang tersendiri pada setiap jenama dikhuatiri boleh menjejaskan enjin sekiranya dicampur.

Adakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan? 01

Untuk maklumat anda, mana-mana syarikat bahan api yang berada dalam pasaran telah diuji untuk mematuhi piawaian dan selamat untuk digunakan. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah memberikan peraturan yang cukup teliti dan terperinci mengenai kualiti dan standard bahan api yang bersesuaian dengan kenderaan di Malaysia.

Anda cuma perlu memilih RON dan jenis bahan api (petrol atau diesel) yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Tidak dinafikan bahawa setiap jenama memberikan prestasi dan penjimatan bahan api yang berbeza. Pada masa yang sama, kereta yang berlainan juga berkemungkinan memberikan tindak balas prestasi dan penjimatan bahan api yang berbeza walaupun dengan jenama bahan api yang sama.

Adakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan? 02

Oleh itu, anda cuma perlu mencuba dan memilih jenama yang bersesuaian dengan cara pemanduan dan kenderaan itu sendiri. Selamat mencuba!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda