window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo?

Haris ยท Nov 27, 2020 05:00 PM

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 01

Honda City hatchback baru sahaja melakukan debut global di Thailand. Ia menerima sambutan yang berbeza-beza dari pelbagai lapisan masyarakat. Secara asasnya, ia merupakan sebuah Honda City yang selalu kita lihat dengan pilihan hatchback.

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 01

Jika Honda City hatchback standard tidak mengujakan anda, mungkin kit badan Modulo akan mengubah persepsi anda. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 01

Hadir dengan bumper depan dan belakang, skirting sisi dan rim 15 inci, kit badan Modulo ini direka khas untuk meningkatkan tarikan pada Honda City hatchback biasa. Rona merah pada rim tersebut adalah antara suatu perincian yang menarik.

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 02

Aksesori lain yang dipasang termasuk spoiler belakang bahagian atas, pelindung pemegang pintu, penutup pintu dan sisipan hiasan pada fender hadapan. Pada bahagian but pula, terdapat panel tambahan untuk melindungi kawasan but sebarang dari kerosakan semasa memuatkan barang-barang. Ia juga hadir bersama-sama dengan dulang but.

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 03

Honda City hatchback 2021 dijangka akan menjengah Malaysia pada tahun hadapan. Pendaftaran tanda nama dagangan ‘City Hatchback’ menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 04

Bakal memberi saingan hebat pada Honda City hatchback 2021 adalah Toyota Yaris 2021. Tempahan sudah dibuka untuk Toyota Yaris terbaru ini dengan pelancaran dijangka berlaku pada hujung tahun ini. Baca perbandingan di sini.

Adakah Honda City hatchback 2021 lebih cantik dengan kit Modulo? 05

Honda Jazz bakal ditamatkan pengeluaran untuk pasaran ASEAN dan Amerika Selatan. Honda City hatchback akan meneruskan legasi Honda hatchback di rantau ini. Adakah kit badan Modulo ini mampu mengubah pandangan anda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda