window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022?

Haris Β· May 25, 2021 07:00 PM

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 01

Toyota Avanza pernah meniti hari-hari yang lebih baik berbanding sekarang. Walaupun kini ia kurang popular di Malaysia tetapi ia nampaknya tidak mahu mengalah dengan khabar angin model generasi baharu akan dibangunkan.

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pereka grafik dari Indonesia, Bagasatriakbar, telah memuatnaik imej lakaran beliau mengenai Toyota Avanza generasi baharu ini. MPV segmen B ini adalah kenderaan ruji jutaan rakyat Indonesia dan semestinya ia lebih dekat di hati mereka.

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 01

Imej dari Indra Fathan

Lakaran Toyota Avanza generasi baharu ini adalah berdasarkan model konsep Daihatsu DN Multisix. Selain itu, model Toyota Avanza dikatakan bakal disatukan dengan model Perodua Alza di mana kedua-duanya adalah kenderaan MPV tetapi dengan perbezaan ketara pada ketinggian jarak kelegaan tanah.

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 02

Imej dari Indra Fathan

Walaubagaimanapun, gambar intipan sebuah MPV yang tular sebelum ini menyaksikan lampu belakang menegak berbanding lampu belakang yang melintang seperti Daihatsu DN Multisix. Selain itu, karakter utama Toyota Avanza iaitu ‘tarik belakang’ (RWD) akan ditukar kepada konfigurasi ‘tarik depan’ (FWD).

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 03

MPV misteri dipercayai Toyota Avanza

Kemaskini ini juga dikatakan akan memberi kesan kepada Toyota Rush - Perodua Aruz (SUV segmen B 7 penumpang) kerana pasaran SUV segmen B akan diberi ruang kepada model Toyota Raize - Daihatsu Rocky - Perodua Ativa manakala pasaran model MPV 7 tempat duduk diberi ruang kepada Toyota Avanza - Daihatsu Xenia - Perodua Alza.

Adakah ini lakaran Toyota Avanza generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun 2022? 04

Barisan produk yang diperkemas dijangka akan menerima platform DNGA, enjin Toyota dan rekaan Perodua. Malah, ia juga mungkin akan ditawarkan dengan enjin hibrid. Setakat ini, kerjasama ketiga-tiga pengeluar ini tidak mengecewakan malah menjadi model terlaris di Malaysia dan Indonesia.

Bacaan Lanjut:

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan?

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia?

Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda