window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Faisal · Jun 3, 2021 10:00 AM

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 01

Hasil lukisan oleh Marian Kamensky.

Semua tahu yang kenderaan elektrik (EV) tidak menghasilkan emisi/pelepasan semasa dipandu. Tetapi itu tidak bermakna ia betul-betul mesra alam jika anda lihat dengan lebih menyeluruh dan mengambil kira bagaimana kuasa elektrik dijana.

Ini membawa kita kepada persoalan; adakah EV benar-benar lebih bersih dari kereta konvensional dengan enjin pembakaran dalaman (ICE)?

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 02

Mari kita mulakan terus dengan jawapan, dan ia jawapan paling menjengkelkan yang anda akan dapat – ia bergantung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Halnya berbeza untuk negara berbeza

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 01

Gambar.

Mazda berkata di negara dan rantau dimana kebanyakan tenaga elektrik dijana dengan kuasa termal (bahan api fosil), terdapat sejumlah karbon dioksida (CO2) dikeluarkan semasa penghasilannya. Di negara-negara atau rantau ini, EV tidak semestinya mengurangkan CO2 sepanjang jangka hayatnya.

Walaubagaimanapun di negara-negara seperti Norway, kebanyakan tenaga elektrik dijana oleh kuasa hidroelektrik, dan penggunaan EV secara meluas membantu mengurangkan pelepasan CO2.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 02

Gambar oleh Antonio Prado dari Pexels.

Malaysia termasuk dalam kategori pertama, dimana tenaga elektrik kebanyakannya dihasilkan dari bahan api fosil. USEIA (US Energy Information Administration) menyatakan bahawa Malaysia menggunakan petroleum dan cecair lain serta gas asli sebagai sumber tenaga utamanya.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 03

Dari segi peratusan, petroleum dan cecair-cecair lain adalah 37% manakala gas asli sebanyak 36%. Baki lain adalah terdiri dari arang batu dan tenaga boleh diperbaharui seperti hidro, masing-masing 21% dan 6%.

Jadi sebanyak 94% tenaga digunakan di Malaysia dijana dari bahan api fosil.

Jika kita lihat kepada China, bahan api fosil terdiri dari 86% dari jumlah keseluruhan penggunaan tenaga pada 2019. Ini nampak lebih baik dari 94% di Malaysia, tetapi arang batu menyumbang sebanyak 58% dari jumlah penggunaan tenaga China.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 04

Bukan semua bahan api fosil itu sama

Dari segi kos karbon dan pencemaran udara, gas asli mengeluarkan 50% kurang CO2 apabila dibakar berbanding arang batu, seperti dinyatakan EIA. Walaupun ada pelepasan metana apabila gas asli dikeluarkan, tetapi itu sudah terlalu mendalam dalam hal ini.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 05

Gambar oleh Science in HD dari Unsplash.

Hujahnya di sini, bukan semua bahan api fosil berubah menjadi pencemaran udara pada tahap yang sama. Terdapat juga arang batu yang mesra alam, iaitu arang batu yang telah dibersih untuk tenaga lebih bersih. Inilah bahagian dimana beberapa kajian topik ini menganggap semua arang batu itu sama.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 06

Gambar oleh Markus Spiske dari Pexels.

Jika anda sudah pergi terlalu mendalam dalam topik ini seperti penulis, anda akan sedar bahawa perdebatan ini telah berlarutan agak lama dan netizen pasti berhujah dengan kajian-kajian yang menyokong point mereka.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 07

Terdapat satu artikel dari Scientific American yang menyatakan di sesetengah kawasan, memandu kereta elektrik menjana lebih CO2 per batu dari hibrid. Ia mengatakan tenaga elektrik hanya boleh menjadi sebersih sumbernya.

Kemudian ada kajian dari university-universiti di Exeter, Nijmegen dan Cambridge, menyimpulkan bahawa memandu kereta elektrik lebih baik untuk alam sekitar berbanding kereta dengan enjin ICE di 95% kawasan dunia dalam keadaan semasa.

Pencemaran juga berlaku dalam bidang pembuatan

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 08

Kita belum masuk ke kesan penghasilan bateri dan motor elektrik, kerana perlombongan bahan mentah juga melepaskan elemen-elemen kurang sihat kepada atmosfera.

Kajian lebih terkini mengatakan pencemaran pembuatan adalah lebih kecil dari sebelum ini, dan EV telah dikatakan lebih mesra alam dari enjin ICE.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 09

ADAC pula menjalankan kajian yang menyatakan tiada powertrain, elektrik atau tidak, yang terbaik dari segi pelepasan karbon. Keseimbangan CO2 EV ditentukan oleh pelepasan CO2 yang tinggi semasa penghasilan bateri dan bekalan elektrik.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 10

Carta. Regerativ bermaksud sumber elektrik yang boleh diperbaharui. Strommix ialah sumber yang bercampur. Negara Jerman pula sebagai penanda aras.

Penambahbaikan signifikan dalam keseimbangan CO2 EV hanya boleh dilihat bila 100% elektrik boleh diperbaharui digunakan sepanjang jangka hayatnya. Dan ini bersandar semula kepada apa yang dikatakan di atas tadi – ia bergantung.

Walaupun macam menjengkelkan, sememangnya tiada jawapan mutlak untuk persoalan ini.

Adakah satu enjin besar lebih baik dari enjin-enjin kecil?

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 11

Gambar.

Perdebatan ini nampaknya seperti sudah melampaui aspek yang memihak kepada EV – hujahnya berkata EV memberikan pelepasan lebih stabil dan terkawal.

Cuba fikirkan, pelepasan oleh enjin ICE boleh jadi susah dijangka. Ada yang idle dalam tempoh lama, ada yang dimodifikasi atau dalam keadaan tidak diselenggara dengan baik, memberikan pelepasan merbahaya yang berlebihan.

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 12

Gambar oleh Oscar Sutton dari Unsplash.

Untuk EV, lebih mudah untuk memantau pelepasannya kerana pencemaran berlaku semasa peringkat pembuatan. Generator ke arah cekap tenaga tidak seperti kereta berprestasi tinggi dengan enjin ‘kuat’ minyak.

Negara-negara boleh dan memang ke arah mengurangkan sumber kuasa tinggi karbon untuk mengurangkan pencemaran.

Walau yang mana lebih bersih, enjin ICE tidak boleh bertahan

Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran? 13

Awak akan dirindui.

Kesudahannya, hanya satu fakta tidak boleh dinafikan – bahan api fosil tidak boleh diperbaharui, bermakna hanya masa menentukan bila ia diganti.

Seperti pernah dikatakan Elon Musk, “Menuju akhir abad ini, kita akan lihat semula kereta-kereta ICE sama seperti kita melihat arang batu, suatu anakronisme kuno di dalam muzium.”

Juga bacaKereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia