window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Perodua Ativa 2021 anda ada bunyi getaran aneh? Inilah penyelesaiannya!

Zamil Syaheer · Oct 4, 2021 07:00 PM

2021 Perodua Ativa Problem Warranty Claim

Selama tempoh 6 bulan pemilikan, Perodua Ativa 2021 milik kami masih lagi steady tanpa sebarang isu besar. Tidak ada masalah kebocoran atau kod kesalahan, kecuali bunyi getaran di brek dram bahagian belakang kanan sejak minggu pertama pemilikan.

Pada kunjungan ke pusat servis buat pertama kali (2hb April), bunyi ini dijumpai oleh juruteknik Perodua, dan penyelesaian kepada isu ini (ketika itu) adalah dengan mengetatkan bolt.

Adakah Perodua Ativa 2021 anda ada bunyi getaran aneh? Inilah penyelesaiannya! 02

The culprit

Sebulan kemudian (23hb Mei), bunyi getaran kembali semula. Pada waktu itu, amat jelas bagi kami serta juruteknik Perodua bahawa pengetatan bolt tidaklah cukup untuk menyelesaikan masalah ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juruteknik Perodua HQ dipanggil untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, apa yang mereka dapat lakukan adalah mengetatkan bolt sekali lagi. Cuma hati kami terasa lega apabila mengetahui isu getaran ini bukanlah bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

2021 Perodua Ativa Brake Drum Repair

The repair kit

Hanya ketika servis 10,000 km, Perodua Sg. Penchala memberitahu kami bahawa ada penyelesaian TETAP untuk isu getaran Ativa kami. Ia melibatkan pemasangan set ‘washers’ khas untuk brek dram di belakang untuk mengelakkan sebarang pergerakan.

Juga baca: Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang?

2021 Perodua Ativa Brake Drum Repair

Proses pemasangannya mudah. Penutup brek dram dibuka dan washers yang lama digantikan dengan yang baru. Walaupun masalah getaran ini hanya ada pada bahagian pemandu, kit pembaikan ini datang sebagai satu set untuk bahagian penumpang serta pemandu.

Menurut Perodua Sg. Penchala, mereka telah menemui 7-8 Ativa dengan masalah ini termasuk kami. Ini bukan masalah biasa, tetapi sekiranya pemilik Ativa mendengar bunyi yang tidak menyenangkan dari roda belakang – sudah boleh ‘kawtim’.

2021 Perodua Ativa First Service and Warranty Claim

Brake rattle fixed along with first 10,000 km service

Keseluruhan proses yang merangkumi pemasangan washer brek dram, penggantian minyak enjin, pemeriksaan umum, dan uji pandu singkat hanya memerlukan masa sebanyak 45 minit. Oh, pembaikan brek dram dilindungi oleh waranti.

Syabas diucapkan kepada Perodua kerana berjaya mengeluarkan penyelesaian tetap untuk permasalahan kami serta juruteknik di Perodua Sg. Penchala kerana melayan pelbagai aduan dan permintaan kami. Sekarang kami dapat menikmati Ativa tanpa permasalahan selama berbulan-bulan dan tahun-tahun akan datang.

Nantikan makluman kami seterusnya di mana kami akan membincangkan purata penggunaan minyak petrol Perodua Ativa dan berapa banyak yang telah kami belanjakan untuk minyak petrol dalam tempoh 6 bulan pertama pemilikan!

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda