window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap

Faisal · Sep 27, 2022 12:00 PM

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 01

Semalam, telah berlangsungnya sesi penyerahan kereta Perodua Ativa Hybrid 2022 kepada pelanggan yang terpilih. Apapun, persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah, “Adakah Perodua nanti akan memasang (CKD) Ativa Hybrid di sini?”.

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 02

Untuk makluman anda, dari awal lagi Perodua sudah memberitahu bahawa Ativa Hybrid bukan untuk dijual, tetapi untuk dilanggan oleh pelanggan terpilih di bawah program EZ MOBi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, 300 pelanggan yang terpilih perlu membayar dahulu RM 2,150 sebelum melanggan dengan fi RM 500 setiap bulan sehingga 5 tahun. Lagi satu, had perbatuan dalam tempoh 5 tahun itu adalah 100,000 km. Program langganan ini juga merangkumi cukai jalan, insurans dan kos servis.

Juga baca5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 01

Jadi, adakah pemasangan lokal buat jentera ini akan dilaksanakan?

Jawapannya, tidak.

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 02

Menurut Perodua, Ativa masih lagi baru dan full-model change (FMC) akan tiba lambat lagi. Selain itu, kilang Perodua tidak dilengkapkan dengan kit pemasangan hibrid dan Ativa Hybrid ini juga hanya dikhaskan untuk kajian berkenaan penerimaan hibrid dan EV dalam kalangan rakyat buat masa akan datang.

Ulas CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, hibrid CKD mungkin hanya boleh dilaksanakan selepas 1 atau 2 FMC.

Juga bacaLebih 600 warga Malaysia memohon untuk Perodua Ativa Hybrid; stok terkini habis licin!

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 03

Kalau anda nak tahu, pelan untuk EV juga ada tetapi ia bukanlah semudah yang disangka. Disebabkan inilah program langganan 300 buah Ativa Hybrid dijalankan. Lagipun, Perodua memerlukan kerjasama daripada Daihatsu untuk memasang hibrid dan EV pada masa akan datang.

Kalau diikutkan, pelan jangka masa panjang adakah EV CKD tetapi Daihatsu sebenarnya sudah perlahan-lahan ke arah itu dengan mencadangkan hibrid dahulu untuk mengkaji penerimaan pasaran sebelum EV betul-betul boleh dilaksanakan.

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 04

Untuk pengetahuan anda, perbincangan antara Perodua dan Daihatsu telah menghasilkan pelan pemasangan lokal buat model platform sekarang dengan trenkuasa hibrid tetapi ia bukanlah PHEV. Kedua-dua pihak perlu menentukan sistem mana yang boleh dipasang pada platform sedia ada.

Keutamaan Daihatsu adalah keperluan untuk melokalisasikan sekiranya hibrid atau EV CKD akan dilaksanakan.

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 05

Aspek ini sebenarnya memerlukan banyak lagi data dan kaji selidik melalui projek Ativa Hybrid. Selepas 5 tahun nanti, data yang terkumpul akan memberitahu sama ada permintaan hibrid dan EV di sini menggalakkan ataupun sebaliknya untuk ke langkah yang seterusnya.

Adakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap 06

Juga bacaSemua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia