window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke?

Mersita Β· May 22, 2021 11:59 AM

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 01

Artikel dalam B. Inggeris oleh CY Foong

Warga Malaysia yang pernah menjalani ujian memandu pasti ingat akan kereta kecil Perodua yang dijadikan mod ujian bagi mendapatkan lesen memandu sah.

Ada yang dapat Kancil, ada juga yang diberi Viva atau Axia. Hampir setiap golongan millennial dan Gen Z memulakan fasa sebagai pemandu dengan kereta kecil keluaran Perodua.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 02

Namun, walaupun Perodua Kancil/Viva/Axia adalah kereta paling kecil dan kompak, sudah tiba masanya sekolah-sekolah memandu di Malaysia mencari kenderaan alternatif yang lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini bukannya bermaksud kereta Perodua tidak bagus, ada saja pemandu baru yang mahu membeli kereta Perodua sebagai kereta pertama mereka.

Baca juga: Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 01

Kereta Kei terpakai dijual di pasaran

Sebagai permulaan, jom kita bandingkan Malaysia dengan negara lain yang lebih popular dengan kereta-kereta kecil mereka.

Jepun adalah negara dimana kereta Kei duduk megah sebagai ‘king’, seperti yang ditunjukkan oleh Honda N-Box iaitu kereta paling laris di Jepun pada tahun 2020.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 02

Kereta Kei amat popular di Jepun kerana rebat cukainya lebih menarik berbanding kereta-kereta besar lain. Disebabkan oleh saiz badannya serta enjinnya yang kecil (sehingga 660 cc), ia paling popular di bandar-bandar yang lebih memudahkan pemandu kereta-kereta kecil.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 03

Walaupun kereta Kei mendominasi pemandangan kereta di Jepun – dari servis kecemasan sehinggalah mod pengangkutan murid-murid sekolah – ia masih tidak dipilih sebagai kereta sekolah memandu di negara itu.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 04

Malah, mungkin anda akan terkejut apabila diberitahu tentang barisan kereta yang disediakan oleh sekolah-sekolah memandu di sana. Mereka ada Mazda 2, Honda Grace (City GM6 generasi terdahulu), sehinggalah kereta berjenama mewah BMW dan Audi.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 05

Kereta-kereta terdahulu yang ditawarkan di sekolah-sekolah memandu termasuklah Toyota Crown Comfort (seperti di atas), Mazda Capella, malah Toyota Mark II/Cresta (seperti di bawah).

Jepun menawarkan pelbagai jenis kereta latihan dan bukannya satu jenis kereta sahaja seperti di Malaysia.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 06

Sekolah memandu di Indonesia

Rangkaian kereta yang pelbagai juga boleh dilihat di negara jiran kita. Contohnya, sekolah-sekolah memandu di Indonesia menawarkan Toyota Avanza/Daihatsu Xenia serta Honda Brio dan juga Toyota Agya/Daihatsu Ayla bagi kursus memandu di sana.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 07

Walau bagaimanapun, Jepun ada undang-undang untuk jenis kereta tertentu yang dianggap sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan latihan. Seperti yang dihuraikan dalam Artikel 24, Perenggan 6 di dalam Peraturan Kuatkuasa Undang-undang Trafik Jalan Raya negara itu, kereta latihan mesti patuh garis panduan berikut:

  • Kapasiti tempat duduk minimum 5 orang
  • Panjang keseluruhan minima 4,400 mm
  • Lebar keseluruhan minima 1,690 mm
  • Jarak roda minima 2,500 mm

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 08

Dimensi standard kereta Kei

Berdasarkan garis panduan ini, kereta Kei tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan latihan. Sama juga dengan kebanyakan hatchback, oleh itu sebahagian besar kereta yang lulus adalah sedan.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 09

Nampak agak kosong, kan?

Walaupun belajar memandu menggunakan Honda City atau Mazda 2 bunyinya seperti lebih seronok berbanding kereta Perodua, kelengkapan kereta ini hanyalah yang asas dan ringkas. Ia juga diubahsuai untuk digunakan sebagai kenderaan latihan.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 10

Contohnya, pedal ekstra dipasang di hadapan tempat duduk penumpang hadapan di dalam segelintir kereta Perodua yang diubahsuai untuk sekolah memandu supaya pelatih boleh mengawal kereta dikala kecemasan.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 11

Di Jepun, pedal ekstra ini juga dipasang dan ditambah lagi dengan cermin pandang belakang serta cermin sisi titik buta sebagai tambahan.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 12

Penuntut sekolah memandu mungkin tak dapat yang ini, namun ia pastinya boleh dipertimbangkan sebagai kereta pertama mereka

Sudah tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan warga Jepun yang baru sahaja mendapat lesen memandu mereka akan membeli kereta Kei sebagai kereta pertama mereka.

Namun, jabatan pengangkutan negara itu sendiri tidak mengiktiraf kereta kecil kompak ini sebagai kenderaan pilihan untuk menguji kebolehan pemandu mereka.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 13

Lagipun, lesen memandu di Jepun agak mahal untuk diperolehi kerana sekolah memandu di sana mengecaj kira-kira JPY 250,000 (hampir RM 10,000!) untuk kursus pemanduan kereta manual.

Nak lulus pun susah – jika gagal, penuntut harus mengulangi kursus berkenaan dari mula.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 14

Ini barangkali punca mengapa kematian akibat kemalangan jalan raya di Jepun adalah antara yang paling rendah di Asia.

Menurut data dari tahun lepas, Jepun merekodkan 2,839 kematian berpunca dari kemalangan jalan raya manakala Malaysia pula merekodkan 4,634 kematian pada tahun sama.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 15

Datsun lama selalunya digunakan oleh sekolah memandu sehinggalah tahun 80-an.
Kredit: RDS Driving Academy

Barangkali, bukan sahaja sistem pendidikan sekolah memandu yang perlu diperbaharui di Malaysia, namun pilihan kereta juga patut diberi pertimbangan semula.

Sebelum kita mula belajar perkara asas seperti mengawal klac dan menetapkan posisi cermin yang betul di dalam kereta Perodua masa kini, rakyat Malaysia dahulunya belajar memandu dengan Datsun Sunny walaupun kereta kecil seperti Daihatsu Charade boleh didapati ketika itu.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 16

Tambahan pula, penggunaan kereta sekecil Kancil, Viva atau Axia tanpa pilihan lain tidak menggalakkan kesedaran tentang posisi pemanduan yang ideal bagi sekelompok penuntut - satu topik penting yang secara semulajadinya tidak ditegaskan di dalam kursus sekolah memandu kerana kekangan saiz.

Penulis sendiri berketinggian 178 cm dan memandu Kancil menjadi satu cabaran yang amat nyata. Memang agak sukar untuk berlatih tentang posisi pemanduan ideal jika Kancil dan yang sekutu dengannya sahaja yang ada di sekolah memandu. Nak tak nak, terpaksa hadap walaupun peha sudah bergesel rapat dengan stereng.

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke? 17

Cikgu sekolah memandu yang ajar penulis dulu hanya mampu beri semangat dan baca doa banyak-banyak

Oleh yang demikian, patutkah sekolah memandu di Malaysia mengetepikan Axia dan menggantikannya dengan kereta yang lebih besar sedikit?

Sudah ada beberapa sekolah memandu yang menggunakan Proton Iriz sebagai kereta latihan, namun Axia nampak gayanya masih lagi pilihan utama bagi sistem pendidikan pemanduan di negara ini.

Jom kongsi pendapat anda di Facebook WapCar - BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda