window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan?

Mersita · Jul 28, 2020 11:00 AM

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 01

Minggu lepas, kami telah keluarkan satu artikel tentang pertemuan kami dengan kereta konsep bersejarah Proton, Proton EMAS, dan juga beberapa lagi prototaip kenderaan elektrik (EV) yang dilelong dalam satu lagi lelongan bertemakan Proton. Walaupun kami sedih melihat kereta konsep yang suatu ketika dahulu diraikan dengan gemilang tetapi kini berada dalam keadaan usang dan terbiar, kami rasakan yang Proton mengambil langkah bijak dalam menarik semula kereta tersebut dari lelongan yang hampir dijalankan.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 02

Apa yang membuatkan Proton EMAS teramatlah layak dan patut untuk dipulihara? Jom imbas semula pada tahun 2010; Afrika Selatan menganjurkan World Cup buat pertama kalinya di kontinen Afrika, Shahir jadi juara Akademi Fantasia ke-8, dan dua rakyat Malaysia yang membuat debut global mereka di Geneva.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 03

Salah satu kejayaan besar bagi sebuah jenama kereta ialah mempunyai kereta sendiri ditayangkan di salah satu daripada 3 pameran permotoran yang terunggul di dunia. Di Geneva Motor Show ke-80, Bufori Geneva juga membuat debutnya ketika itu tapi ‘the star of the show’ di sini bukanlah kereta ini. Sebuah kereta Proton yang cukup hebat berada di pameran yang sama, setanding dengan kereta-kereta hebat yang lain pada masa itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 01

Nak tengok bahagian depan tak?

Setiap tahun, ItalDesign Giugiaro akan melancarkan satu kereta konsep di Geneva dan pada tahun 2010, kereta yang terpilih tak lain tak bukan ialah Proton EMAS. Kolaborasi antara ikon rekaan Itali dan jenama Malaysia ini adalah satu testimoni untuk semangat “Malaysia Boleh”. Nama "EMAS" juga bukan saja satu nama yang sinonim dengan kejayaan di Malaysia; ia sebenarnya adalah akronim untuk “Eco Mobility Advance Solution”.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 02

Di bawah hud Proton EMAS di pameran Geneva

‘Ekonomi’ dan ‘hijau’ adalah tema utama bagi EMAS. Ia dikuasai oleh motor elektrik yang mampu mencapai sehingga 101 PS dan 240 Nm. Ini dipadankan pula dengan enjin 3 silinder berkapasiti 1.2 liter yang dibangunkan oleh Lotus sebagai ‘range extender’.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 03

Berbeza dengan ciptaan Giugiaro yang lain, EMAS dikatakan hampir sedia untuk produksi. Proton merancang untuk menjadikan EMAS sebagai kereta global mereka dan produksi dirancang untuk bermula pada tahun 2012.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 04

Tapi, rancangan tinggal sekadar rancangan. Kita dah masuk dekad baru dah pun. Donald Trump dah naik jadi Presiden AS dan dunia dah berdepan dengan pandemik global, tapi masih tak nampak batang hidung EMAS di jalanraya Malaysia.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 05

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 06

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 07

Di manakah EMAS?

Diabaikan di gudang terbuka, dijeruk dan mereput bersama legasi-legasi Proton yang lain. Kesudahannya ia jadi tempat mengumpul daun-daun kering dan tempat kucing tidur sebelum dikeluarkan dari lot ini.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 08

Kereta ‘mesra alam’ katanya…haih.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 09

Cat dan lencananya telah pudar, motor elektrik yang menguasakan pintu dan butnya telah lama mati, dan ruang enjinnya yang mengandungi Lotus 3 silinder berselerak dengan daun-daun kering dan ranting.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 10

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 11

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 12

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 13

Sebelum dan selepas...

Memandangkan motornya telah mati, agak susah untuk kami membuka pintunya. Di dalamnya, tempat duduk telah hilang dan kemasannya berkulat. Ia bukanlah satu pemandangan yang menyenangkan bagi sebuah kereta yang berpotensi untuk memacu jenama kereta nasional kita lebih jauh dari apa yang kita ada sekarang.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 14

Dengan keadaan kereta konsep yang sepatutnya hebat tapi menyedihkan ini, kami tidak dapat membuat spekulasi tentang mengapa Proton mahu menjual kereta konsep dan prototaip mereka. Lagipun, jualan mereka semakin meningkat kebelakangan ini.

Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan? 15

Kami harap yang rakyat Malaysia boleh melihat kereta konsep futuristik yang hebat ini kembali diketengahkan dengan maruah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda