window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Proton memberi petunjuk awal untuk membuat kemunculan semula di Thailand?

Faisal · Aug 26, 2020 10:14 AM

Adakah Proton memberi petunjuk awal untuk membuat kemunculan semula di Thailand? 01

Proton sedang giat mengembangkan barisan kenderaan mereka di pelbagai negara. Pada awal tahun ini mereka telah melancarkan Proton X70 di Pakistan dan Proton Saga yang diekspot ke Kenya sebagai unit CKD. Oleh itu, mungkinkah jenama ini membuat kemunculan semula di pasaran yang telah mereka tinggalkan seperti Thailand?

Spekulasi kami bermula daripada wawancara oleh ketua pegawai eksekutif Proton yang mengatakan bahawa mereka berharap untuk memberi impak di negara luar seperti Thailand.

Beliau juga berkata bahawa selain menguasai pasaran tempatan, Proton juga berhasrat untuk mengembangkan sayap di pelbagai pasaran dunia seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan Kenya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Proton memberi petunjuk awal untuk membuat kemunculan semula di Thailand? 01

Dengan rekod jualan Proton yang sangat memberangsangkan akhir-akhir ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa mereka berkemungkinan menembusi semula pasaran di Thailand.

Untuk makluman semua, kali terakhir Proton dipasarkan di Thailand adalah pada tahun 2015 yang diurus oleh Phranakorn Auto. Model terakhir yang dilancarkan di Thailand pula adalah pada tahun 2012.

Sekiranya mereka membuat kemunculan semula, ia akan diuruskan sama ada oleh anak syarikat Proton ataupun pengedar tempatan.

Adakah Proton memberi petunjuk awal untuk membuat kemunculan semula di Thailand? 02

Proton X70 mungkin menjadi model pertama yang akan dilancarkan di Thailand. Namun demikian, persaingan bakal menjadi sengit buat Proton kerana tiada lagi pengecualian cukai. Tambahan pula, barisan SUV segmen C di Thailand dipelopori oleh Honda CR-V dan juga model daripada negera China sendiri iaitu MG HS dimana ia merupakan kereta paling laris dalam segmen tersebut.

Model yang lain seperti Proton Saga dan Persona pula mungkin tidak diekspot ke Thailand. Ia mungkin hanya diimpot sepenuhnya dari Malaysia sekiranya dilancarkan.

Berdasarkan ini sahaja persaingan sudah mencemburui Proton kerana kenderaan yang mempunyai potongan cukai untuk pemasangan tempatan di Thailand seperti Toyota Yaris Ativ, Honda City dan Nissan Almera boleh dipasarkan dengan harga yang lebih rendah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda