Adakah Toyota Vios masih relevan berbanding Nissan Almera dan Honda City baru?
Faisal · Sep 14, 2020 10:34 AM
0
0
Tahun 2020 telah memberikan pelbagai kejutan sehinggakan industri automotif tempatan tergantung seketika. Setelah hampir beransur pulih, pelbagai model kenderaan dilancarkan untuk menggantikan tempoh masa yang sudah dibazirkan oleh wabak Covid-19. Nissan Almera dan Honda City merupakan salah satu daripadanya.
Antara model yang terhangat untuk memasuki pasaran ialah Hyundai Kona
Anda mungkin perasan bahawa Toyota Vios sedikit sepi setelah Honda City dan Nissan Almera beransur gagah untuk menghangatkan pasaran. Kali terakhir ia mendapat perhatian ialah ketika model facelift dikeluarkan pada dua bulan yang lalu.
Lampu hadapan LED yang pertama kali didatangkan pada Toyota Vios
Baru-baru ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan promosi yang lebih menarik untuk Toyota Vios.
Oleh itu, patutkah anda mengambil peluang ini atau tinggalkan sahaja?
Apakah promosi yang ditawarkan?
Menurut UMWT, mereka menawarkan nilai rebat tunai dan aksesori yang berjumlah RM 5,800 untuk semua varian seperti di bawah:
Promosi Toyota Vios
Varian
Harga (tanpa SST)
Promosi
1.5 J
RM 76,101
Rebat tunai: RM 4,000
Bodykit: RM 1,800
1.5 E
RM 80,074
Rebat tunai: RM 1,000
Aksesori (bodykit dan sistem penjejak): RM 4,800
1.5 G
RM 86,132
Pada masa yang sama, Toyota Vios juga mendapat pengecualian cukai jualan SST sehingga 31 Disember 2020.
Pada dasarnya, adakah Toyota Vios bagus?
Dilancarkan pada tahun lepas, Vios menampilkan pembaharuan yang ketara daripada generasi sebelumnya. Ia turut memberikan penjimatan minyak yang baik di samping tahap keselesaan yang bagus dan kelengkapan keselamatan yang mencukupi.
Bahagian kabin pula dilengkapi dengan mutu binaan yang baik tetapi keluasan dan tempat meletak botol agak kekurangan.
Sistem suspensi pada Toyota Vios memberikan keselesaan perjalanan yang rapi dan lembut. Ia juga terasa lebih senyap berbanding Honda City dan Nissan Almera yang terdahulu. Kualiti ini memberikan pengalaman yang menenangkan kepada pemandu dan pengguna.
Enjin 1.5 liter aspirasi natural yang memiliki 107 PS dan 140 Nm tork pula terbukti tahan lasak. Ia dipadankan dengan transmisi CVT yang lancar dan senyap.
Namun begitu, sistem pemberitahu titik buta (BSM) agak menganggu kerana ia terlalu sensitif.
Toyota Vios tidak menerima sokongan Apple CarPlay / Android Auto
Setiap kali lampu insyarat dinyalakan, bunyi amaran titik buta akan kedengaran lantas menjengkelkan penumpang di dalam kabin.
Saingan Honda City dan Nissan Almera
Berikutan pra-tonton dan pelancaran Honda City dan Nissan Almera, situasi menjadi sengit buat Toyota Vios.
Enjin hibrid i-MMD dengan kuasa 109 PS dan 253 Nm tork yang didebut pada Honda City RS telah menjadi perbualan hangat.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing.
Pada masa yang sama, segmen B menerima pesaing baharu melalui pelancaran Nissan Almera. Pelancaran ini mampu membangkitkan zaman kegemilangan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).
Nissan Almera memiliki enjin 1.0 liter turbo dengan 100 PS dan 152 Nm tork. Di samping itu, semua varian didatangkan standard dengan sistem brek kecemasan automatik (AEB).
Oleh itu, adakah Vios ketinggalan?
Secara teknikal, Vios kekurangan dari segi sistem infotainment, tren kuasa, dan ciri keselamatan.
Daripada atas: Vios, Almera, City
Namun demikian, ia mengikuti resepi yang turun temurun dimana ia telah terbukti berkesan. Toyota Vios masih memiliki tren kuasa daripada generasi sebelumnya tetapi ia tidak memberikan sebarang masalah.
Dengan kos pengendalian yang rendah, Toyota Vios masih memberikan kualiti yang relevan.
Kos penyelenggaran Toyota Vios daripada laman sesawang UMWT
Teknologi yang lebih moden pada Honda City dan Nissan Almera semestinya lebih baru dan masih mentah dari segi keutuhannya. Hal ini bermaksud ketahanan, isu, masalah, dan kos penyelenggaran belum terbukti.
Walau apapun keputusan anda, anda tidak akan menyesal kerana setiap model ada kekuatan yang tersendiri.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.