window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran?

Faisal · Oct 25, 2020 12:00 PM

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 01

Kemalangan yang berlaku terhadap diri sendiri sememangnya leceh dan menyusahkan. Hal ini lebih ketara apabila kejadian berpunca daripada diri sendiri. Walau apapun yang terjadi, setiap pihak yang terlibat memainkan peranan dalam menyelesaikan perkara yang berlaku secara tidak sengaja ini.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 02

Oleh itu, kami ingin berkongsi langkah mudah untuk anda menuntut insuran kemalangan supaya kerugian boleh ditampung dengan lancar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sewaktu kemalangan – di tempat kejadian

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 01

1. Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, berhentikan kenderaan anda dibahu jalan dengan sebaiknya supaya tidak menghalang lalu lintas. Setelah itu, anda boleh keluar untuk periksa sebarang kerosakan yang berlaku terhadap kenderaan anda.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 02

2. Dapatkan maklumat individu yang terlibat tidak mengira siapa yang melanggar atau dilanggar seperti gambar kenderaan, plat nombor, cukai jalan, dan kad pengenalan individu. Jika mereka enggan bekerjasama, nyatakan bahawa di bawah seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda mempunyai mempunyai hak untuk mendapatkan butiran pihak yang terlibat.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 03

3. Lakukan pertukaran maklumat seperti nombor telefon masing-masing. Untuk mengelakkan daripada menerima nombor telefon yang salah, minta tolong untuk menelefon nombor anda dengan menggunakan telefon bimbit milik mereka.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 04

4. Jika kenderaan masih selamat untuk dipandu, segera ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan. Sebaliknya, hubungi talian syarikat insuran anda untuk mendapatkan perkhidmatan tunda. Untuk maklumat anda, ramai pihak ketiga akan bergegas untuk menawarkan perkhidmatan tunda ke bengkel milik mereka apabila berlakunya kemalangan. Anda dinasihatkan untuk mengendah mereka untuk mengelakkan sebarang kerumitan.

Di balai polis

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 05

5. Setelah tiba di balai polis, buat laporan dengan menjelaskan kejadian yang berlaku kepada pegawai yang bertugas. Pegawai penyiasat akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan yang terlibat, dan mendapatkan dokumen yang berkaitan. Sehubung dengan itu, keputusan kes akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas insiden kemalangan. Laporan pula akan diberi secepat mungkin atau tidak melebihi tempoh 3 hari bekerja.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 06

6. Anda boleh datang semula ke balai polis untuk mendapatkan salinan. Salinan ini digunakan sebagai tuntutan insuran untuk kos membaiki kerosakan pada kenderaan anda.

Urusan kereta

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 07

Imej: quickfixautos

7. Hantar ke bengkel kenderaan yang bertauliah untuk proses baik pulih yang berkualiti dengan alat ganti yang tulen. Kebiasaanya, bengkel tersebut akan membuat tuntutan kerosakan ke atas insuran kenderaan anda. Jika kenderaan anda dilanggar, insuran anda pula akan membuat tuntutan ke atas insuran kenderaan yang melanggar anda.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 08

Imej: intelligenttransport

8. Untuk pengetahuan anda, anda juga layak menuntut ‘Loss of Use’ daripada insuran. Istilah ini bermaksud tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak yang dilanggar kepada insuran pihak yang melanggar. Tuntutan ini adalah untuk kos sara pengangkutan anda selama tempoh kenderaan dibaik pulih dalam bentuk wang pampasan.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 09

Imej: lovemoney

9. Setelah siap dibaik pulih, kenderaan milik anda boleh diambil semula. Di samping itu, maklumkan kepada bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan ‘Loss of Use’. Pihak bengkel akan menyediakan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan tersebut. Kebiasaannya, proses ini memakan tempoh 3-5 hari bekerja.

Selepas itu, hantar laporan dan dokumen tersebut kepada insuran kenderaan yang melanggar anda. Pada masa yang sama, dapatkan maklumat pegawai yang bertugas untuk mengetahui perkembangan tentang tuntutan anda terhadap kes kemalangan yang terjadi.

Aduh, eksiden pula! Macam mana cara nak 'claim' insuran? 10

Dengan itu, kami berharap anda memanfaatkan perkongsian yang telah kami berikan supaya urusan anda menjadi mudah apabila terlibat dalam kemalangan. Selamat beramal dan pandulah secara berhemah!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda