window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan?

Faisal · Nov 4, 2020 04:00 PM

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 01

Sekiranya anda melihat kereta baharu, anda perasan tak bahagian cat dan cermin kelihatan licin tanpa sebarang bekas? Sedap mata memandang, bukan?

Lama-kelamaan, bekas tompokan air akan mula kelihatan disebabkan oleh cuaca panas dan hujan yang melampau. Tetapi kenapa tompokan ini boleh terjadi?

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Air hujan atau air basuhan kereta mempunyai mineral yang boleh menyimpan habuk atau bahan yang tercemar daripada persekitaran. Apabila air ini kering dengan begitu sahaja, ia akan meninggalkan bekas mineral yang terbentuk seperti titisan air yang kering. Titisan kering inilah kesan tompokan air pada kereta anda.

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 01

Kesan tompokan air ini tidak mudah terjadi sekiranya anda rajin mengelap setelah kereta terkena sesuatu yang lembap. Penjagaan yang disiplin melalui pengilapan (polish) juga boleh membantu untuk mengurangkan pembentukan tompokan air pada kereta anda.

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 02

Sebenarnya, terdapat campuran mudah yang anda boleh gunakan bagi menghilangkan kesan tompokan air yang menyakitkan mata ini.

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 03

Pertama sekali, basuh dan keringkan dahulu kereta anda. Kemudian, anda boleh gunakan campuran seperti:

Cuka

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 04

Cuka asli atau cuka putih ialah asid jenis ringan. Mineral kering yang terbentuk pada kereta anda boleh dipecahkan melalui asid ringan ini. Untuk menggunakannya,

  1. Campurkan cuka dengan air jernih di dalam bekas kosong.
  2. Masukkan span atau kain kering di dalam campuran ini.
  3. Ratakan campuran ini pada tompokan air dan biarkan selama 1 atau 2 minit supaya kandungan cuka dapat melembutkan dahulu mineral tersebut. Perkara ini memudahkan anda untuk mengelap dan menghilangkan tompokan air.
  4. Lapkan bahagian tompokan air sehingga hilang tetapi lakukan secara lembut supaya tidak calar.

Clay bar

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 05

Clay bar ialah damar sintetik (synthetic resin) yang dihasilkan untuk menangkap mineral yang tercemar apabila anda sapukan pada kereta. Anda boleh menggunakan bahan ini sekiranya cuka tidak cukup untuk menghilangkan kesan kekotoran seperti tompokan air. Untuk menggunakannya,

  1. Dapatkan penggilap clay bar dan pelincirnya.
  2. Ratakan pelincir pada bahagian tompokan air dengan menggunakan span atau kain.
  3. Sapukan clay bar pada bahagian tompokan air secara lembut sehingga kesan tersebut hilang.

Penggilap kereta/Wax

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 06

Sekiranya tompokan air tidak boleh hilang melalui campuran cuka mahupun clay bar, berkemungkinan mineral tersebut telah lekat sepenuhnya pada badan kereta. Maka itu, anda boleh gunakan bahan polish/wax. Untuk menggunakannya,

  1. Titiskan cecari polish pada span atau kain.
  2. Ratakan pada tompokan air tersebut.
  3. Sapukan dalam keadaan memusing dengan tekanan yang lebih kuat sehingga tompokan air hilang.

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 07

Tompokan air pada cermin kereta

Proses menghilangkan kesan tompokan air bukan sahaja terhad pada bahagian cat kereta, malah anda juga boleh amalkan pada bahagian cermin.

Bagaimana dengan lapisan "clear coat" yang sedia ada?

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 08

Sekiranya tompokan air masih tidak dapat ditanggalkan, berkemungkinan mineral tersebut telah memasuki lapisan perlindungan (clear coat) kereta anda. Malangnya, anda harus ke kedai cat kereta untuk memperbaiki semula lapisan perlindungan ini.

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 09

Lapisan perlindungan clear coat yang boleh tertanggal apabila terkena sebarang campuran yang kuat

Untuk maklumat anda, penggunaan seperti cuka, clay bar, dan polish boleh menghakis lapisan clear coat. Maka itu, anda digalakkan untuk membaiki lapisan perlindungan clear coat ini apabila ia mengalami perubahan dari segi warna dan permukaan. Menariknya, lapisan ini juga boleh melancarkan pergerakan air supaya ia tidak mudah terlekat pada bahagian kereta.

Konklusi

Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan? 10

Untuk pengetahuan anda, perlindungan kereta seperti clear coat berfungsi untuk mengekalkan kebersihan permukaan. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengelap bahagian yang lembap atau kotor sebelum kering supaya ia tidak terlekat pada kereta kesayangan anda. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda