Seperti peribahasa, malang tidak berbau namun kemalangan yang berlaku di Indonesia dan tular di media sosial, baru-baru ini memang agak pelik.
Entah di mana silapnya, seorang remaja lelaki tersangkut di bahagian badan belakang dan roda motosikal dalam posisi mengangkang.
Kejadian itu dirakam seseorang sebelum videonya tular sehingga ke negara ini.
Juga baca: Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik!
Dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang remaja lelaki yang sedang tersepit dalam posisi yang pelik dan 'mengilukan' sambil dibantu dan ditenangkan beberapa individu.
Menurut laporan media Indonesia, Suara.com, kain yang dipakai remaja itu dipercayai tersepit pada tayar motosikal berkenaan.
Situasi berkenaan mengakibatkan badannya kemudian terseret masuk ke bahagian belakang kenderaan berkenaan.
Pelbagai reaksi diperoleh daripada netizen susulan video berkenaan dengan ada yang bersimpati namun ada yang juga merasakan ia sesuatu yang lucu.
Juga baca: IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard!
Antaranya adalah: "RIP masa depan", "Ngilunya" dan "Maaf ketawa atas penderitaan anda".
Selain itu, ada yang menjadikan ia sebagai peringatan kepada orang lain. "Yang suka pakai sarung sila berhati-hati."