window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’?

Faisal · Nov 29, 2020 02:00 PM

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 01

Pernahkah anda mengalami situasi dimana cermin kereta berkabus ketika waktu hujan? Menyakitkan hati kan?

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 02

Imej: digitaltrends

Walaupun sudah dilap berkali-kali, cermin masih berkabus. Perkara ini sememangnya bahaya kerana kabus boleh mengehadkan jarak penglihatan dan kejelasan pemandangan di sekeliling anda.

Hal ini lebih ketara sekiranya penyaman udara kereta tidak berfungsi dengan baik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 01

Imej: eifsonline

Untuk maklumat anda, kabus mudah terbentuk apabila terdapat kandungan yang lembap di dalam kereta. Akibat daripada perbezaan suhu yang ketara di bahagian cermin terutama waktu hujan, kondensasi boleh berlaku. Maka terbentuklah wap air yang mudah kelihatan pada bahagian cermin.

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 02

Imej: energyvanguard

Walau bagaimanapun, terdapat petua mudah yang anda boleh amalkan supaya kabus tidak mudah terbentuk di cermin kereta anda. Antaranya ialah dengan menggunakan:

1. Ubat gigi

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 03

Kandungan florida pada ubat gigi sememangnya banyak kegunaannya. Bukan setakat membersihkan gigi anda, ia juga berupaya menghilangkan kesan pudar dan kekotoran. Cermin kereta juga tidak terkecuali. Untuk maklumat anda, kandungan florida pada ubat gigi boleh menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta anda. Anda hanya perlu ratakan pada permukaan cermin dan lapkan dengan kain yang bersih.

2. Minyak rambut atau krim pencukur

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 04

Seperti ubat gigi, anda boleh gunakan minyak rambut jenis cecair yang lutsinar atau sebarang krim pencukur. Hanya ratakan dan lapkan permukaan cermin sehingga bersih.

3. Syampu rambut

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 05

Untuk syampu pula, anda boleh sapukan pada cermin tanpa menggunakan air dan gosokkan dengan tangan secara rata. Kemudian, anda boleh lapkan kesan syampu tadi secara perlahan dengan menggunakan kain mikrofiber, tisu ataupun surat khabar.

4. Ubi kentang

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 06

Imej: epicurious

Pelik kan? Pelik tapi benar. Untuk pengetahuan anda, kandungan ubi kentang dapat mengurangkan kadar pembentukan wap air pada cermin. Caranya, anda ambil sebiji ubi kentang dan potongkan kepada dua. Seterusnya, anda gosokkan bahagian dalam ubi kentang ke bahagian cermin kereta anda. Anda boleh biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum anda bersihkan cermin dengan tisu kering. Mudah, bukan?

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’? 07

Menariknya, petua yang kami lampirkan ini juga boleh digunakan pada cermin mata atau visor topi keledar motosikal supaya penglihatan anda sentiasa jelas dan tidak berkabus. Yang paling penting, keselamatan anda dan pengguna jalan raya lebih terjamin sekiranya segalanya mudah untuk dilihat. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda