Walaupun sudah dilap berkali-kali, cermin masih berkabus. Perkara ini sememangnya bahaya kerana kabus boleh mengehadkan jarak penglihatan dan kejelasan pemandangan di sekeliling anda.
Untuk maklumat anda, kabus mudah terbentuk apabila terdapat kandungan yang lembap di dalam kereta. Akibat daripada perbezaan suhu yang ketara di bahagian cermin terutama waktu hujan, kondensasi boleh berlaku. Maka terbentuklah wap air yang mudah kelihatan pada bahagian cermin.
Walau bagaimanapun, terdapat petua mudah yang anda boleh amalkan supaya kabus tidak mudah terbentuk di cermin kereta anda. Antaranya ialah dengan menggunakan:
1. Ubat gigi
Kandungan florida pada ubat gigi sememangnya banyak kegunaannya. Bukan setakat membersihkan gigi anda, ia juga berupaya menghilangkan kesan pudar dan kekotoran. Cermin kereta juga tidak terkecuali. Untuk maklumat anda, kandungan florida pada ubat gigi boleh menyukarkan kabus daripada terbentuk pada cermin kereta anda. Anda hanya perlu ratakan pada permukaan cermin dan lapkan dengan kain yang bersih.
2. Minyak rambut atau krim pencukur
Seperti ubat gigi, anda boleh gunakan minyak rambut jenis cecair yang lutsinar atau sebarang krim pencukur. Hanya ratakan dan lapkan permukaan cermin sehingga bersih.
3. Syampu rambut
Untuk syampu pula, anda boleh sapukan pada cermin tanpa menggunakan air dan gosokkan dengan tangan secara rata. Kemudian, anda boleh lapkan kesan syampu tadi secara perlahan dengan menggunakan kain mikrofiber, tisu ataupun surat khabar.
Pelik kan? Pelik tapi benar. Untuk pengetahuan anda, kandungan ubi kentang dapat mengurangkan kadar pembentukan wap air pada cermin. Caranya, anda ambil sebiji ubi kentang dan potongkan kepada dua. Seterusnya, anda gosokkan bahagian dalam ubi kentang ke bahagian cermin kereta anda. Anda boleh biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum anda bersihkan cermin dengan tisu kering. Mudah, bukan?
Menariknya, petua yang kami lampirkan ini juga boleh digunakan pada cermin mata atau visor topi keledar motosikal supaya penglihatan anda sentiasa jelas dan tidak berkabus. Yang paling penting, keselamatan anda dan pengguna jalan raya lebih terjamin sekiranya segalanya mudah untuk dilihat. Selamat beramal!
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen