window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862!

Khairil ยท Jun 17, 2021 09:00 AM

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 01

Populariti motosikal 'Naked' aras mula sememangnya amat tinggi di Indonesia dan baru-baru ini, PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan versi terbaharu Honda CB150 Verza 2021 di negara berkenaan.

Juga baca: Honda CB150R Streetfire 2021 serba baharu dilancar di Indonesia, harga bermula RM 8,500!

Tampil dengan reka bentuk menarik bergaya retro dengan lampu berbentuk bulat, kelebihan Honda CB150 Verza 2021 bukan saja menerusi rekaannya, namun daripada harganya yang cukup berpatutan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 01

Dua varian diperkenalkan iaitu Cast Wheel dan Spoke Wheel. Untuk harga, varian Cast Wheel dijual pada aras Rp 20,945,000 (RM 6,052) manakala untuk varian Spoke Wheel (Rim jejari) Rp 20,290,000 (RM 5,862).

Juga baca: AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209

Tiga pilihan warna baharu yang diperkenalkan pula ialah Bold Red dan Macho Matte Black untuk varian Cast Wheel manakala untuk varian Spoke Wheel, ia datang dengan pilihan warna Masculine Black.

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 02

Untuk spesifikasi mekanikal, Honda CB150 Verza 2021 menggunakan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, SOHC dengan teknologi PGM-FI yang dipadankan transmisi lima kelajuan.

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 03

Jumlah kuasanya mencapai angka 12.8 Hp pada 8,500 rpm dengan tork 12.73 Nm pada 6,000 rpm.

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 04

AHM mendakwa Honda CB150 Verza 2021 menawarkan tahap penggunaan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu 43.5 km per liter.

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 05

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 06

Dan menurut AHM lagi, disebabkan posisi tunggangan Honda CB150 Verza 2021 yang sedikit menegak, ia sesuai untuk kegunaan harian mahupun untuk berjalan jauh.

AHM lancar Honda CB150 Verza 2021, 3 pilihan warna, harga bermula RM 5,862! 07

Selain itu, ciri-ciri menarik termasuklah penggunaan panel meter digital dengan rekaan terkini, sistem kunci dengan ciri keselamatan dengan varian Cast Wheel turut mempunyai pelindung tangki bahan api yang menarik.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda