window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209

Khairil ยท Feb 10, 2021 03:00 PM

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 01

Honda Forza 250, yang dilihat sebagai pesaing terus kepada Yamaha XMax mendapat kemaskini bagi versi 2021 di negara jiran, Indonesia yang hadir dengan beberapa naik taraf dan empat pilihan warna menarik.

Sebagai permulaan dan makluman, Honda Forza 250 tidak dibawa masuk oleh Boon Siew Honda (BSH) ke pasaran Malaysia namun 'abangnya' yang mempunyai sesaran enjin lebih besar, Forza 300 ada dijual.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada Honda Forza 250 2021, motosikal skuter maxi berkenaan dibawa masuk oleh PT Astra Honda Motor (AHM) dengan harga Rp 83,810,000 (RM 24,209).

Skuter yang tampil dengan gaya mewah dan elegan itu hadir dengan empat pilihan warna menarik iaitu Mat Gunpowder Black Metallic, Indy Gray Metallic, Pearl Horizon White dan Candy Rosy Red.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 01

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 02

Bagi versi 2021, Honda Forza kini memiliki teknologi enjin eSP+ (enhanced Smart Power) yang baharu. Seperti versi sebelum ini, ia menggunakan enjin bersesaran 249 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan sistem PGM-FI dan dipadankan dengan transmisi aotomatik.

Justeru, kuasa maksimum yang dihasilkan boleh dikatakan cukup memuaskan bagi sebuah skuter maxi iaitu 22 Hp pada 7,750 rpm dengan tork 24 Nm pada 6,250 rpm.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 03

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 04

Dari sudut tunggangan dan keselamatan, Honda Forza 250 2021 dilengkapi dengan fork depan teleskopik dan suspensi belakang berkembar dengan sistem brek cakera depan dan belakang. Brek berkenaan turut dilengkapi dengan Sisten Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Seperti motosikal moden Honda yang lain, Forza 250 turut dilengkapi sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Di bahagian roda, Honda Forza 250 2021 menggunakan tayar depan dengan saiz 120/70-15M/C 56P manakala tayar belakang hadir dengan saiz 140/70-14M/C 62P.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 05

Dicipta untuk keselesaan bagi tunggangan jauh, Honda Forza 250 2021 dilengkapi dengan kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu 11.7 liter dengan berat kering 186 kg dan ketinggian tempat duduk 780 mm.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 06

Selain itu, antara ciri-ciri menarik dan moden yang ada pada skuter ini adalah seperti skrin penghadang angin dengan ciri boleh laras elektrik, sistem kunci Honda Smart Key, pengecas USB baharu di dalam kotak konsol depan, sistem lampu LED sepenuhnya dan sistem lampu kecemasan baharu Emergency Stop Signal (ESS).

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 07

Seperti skuter maxi lain juga, ia turut mempunyai ruang bagasi yang luas di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua buah topi keledar.

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209 08

Ada ura-ura BSH akan membawa model ini ke Malaysia ketika ia pertama kali dilancarkan beberapa tahun lalu namun ia tidak menjadi kenyataan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda