window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k!

Khairil ยท Feb 7, 2023 01:00 PM

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 01

Skuter 'marhaen' handalan PT Astra Honda Motor (AHM), Honda BeAT, baru-baru ini mendapat kemas kini di pasaran seberang yang membabitkan kedua-dua varian, Honda BeAT (2023) dan Honda BeAT Street (2023).

Di pasaran Malaysia, kemas kini terbaharu yang dilakukan oleh pihak Boon Siew Honda (BSH) untuk Honda BeAT adalah pada Februari tahun lalu yang dijual pada harga pengenalan RM 5,765 (asas) ketika dilancarkan.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada skuter cilik itu di Indonesia, harga baharu bagi Honda BeAT (2023) yang datang dengan dua varian, CBS dan Delux adalah Rp. 17,820,000 (RM 5,070) dan Rp 18,672,000 (RM 5,313) manakala Honda BeAT Street (2023) dijual pada harga Rp 18,476,000 (RM 5,257).

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 01

Honda BeAT (2023) CBS

  • Pilihan warna: Jazz Silver Black, Funk Red Black, Hard Rock Black, Techno Blue Black

Honda BeAT (2023) Deluxe 

  • Pilihan warna: Deluxe Green, Deluxe Dark Silver, Deluxe Black, Deluxe Blue 

Honda BeAT Street (2023) 

  • Pilihan warna: Street Black, Street Silver

Di Indonesia yang sememangnya popular dengan skuter, Honda Beat sememangnya menjadi pilihan berikutan penawaran harganya yang menarik selain ditambah dengan rekaan yang sporty serta ciri-ciri menarik.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 02

Secara asasnya, ketiga-tiga versi dan varian hanya membabitkan pilihan warna dan corak grafik dengan Honda BeAT Street (2023) difokuskan kepada golongan muda menerusi corak grafik yang lebih menonjol.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 03

Begitupun, kelainan Honda BeAT (2023) Deluxe yang datang dengan corak grafik lebih ringkas adalah ia memiliki teknologi ISS (Idling Stop System) serta soket kuasa.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 04

Seperti dinyatakan, tiada perbezaan di bahagian trenkuasa daripada kesemua versi dan varian  skuter ini dipadankan dengan enjin bersesaran 110 cc, 1 Silinder, SOHC, Suntikan Bahan Api PGM-FI bersama transmisi automatik V-Matic.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 05

Patuh piawaian emisi Euro3, skuter ini menghamburkan kuasa 8 Hp pada 7,500 rpm dan tork 9.3 Nm pada 5,500 rpm.

Tetapi apa yang menarik, dengan kapasiti tangki bahan api 4.2 liter, menurut Honda, skuter ini mampu menempuh jarak perjalanan 254 km untuk pengisian penuh bahan bakar.

AHM 'segarkan' Honda BeAT (2023), pilihan warna baharu, harga mula RM 5.1k! 06

Informasi penting lain adalah seperti penggunaan lampu depan LED, panel meter digital LCD dengan layar berwarna biru, ciri seperti 'Secure Key Shutter', Sistem brek menggunakan sistem kombi (CBS), 'Side Stand Switch' dan 'Parking Brake Lock'.

Juga baca: BSH kemas kini Honda BeAT 2022, warna dan grafik baharu, harga asas RM 5.7k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda