window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Aib kepada negara Jepun!" - Presiden Akio Toyoda mengusir Hino daripada ikatan kenderaan komersial

Zamil Syaheer · Aug 27, 2022 10:00 AM

Awal bulan ini, syarikat Hino “kantoi busuk” dek kerana mereka telah memalsukan data pelepasan pada beberapa enjin traknya sejak 2003. Bagaimanapun, tidak seperti Dieselgate Volkswagen, perkara itu didedahkan oleh audit syarikat itu sendiri.

Pada awal Mac tahun ini, Hino telah menggantung jualan beberapa trak tugas sederhana dan berat di Jepun selepas syarikat itu mendapati data ujian emisi palsu untuk enjin tertentu telah diserahkan kepada kerajaan Jepun.

Berikutan pendedahan itu, syarikat itu telah mengumpulkan jawatankuasa penyiasatan yang diketuai oleh bekas ketua pendakwa bagi daerah Osaka, Kazuo Sakakibara. Jawatankuasa itu mendapati bahawa penipuan itu telah bermula sejak 2003, hampir sedekad lebih awal daripada yang disyaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Punca penipuan itu hampir sama dengan Dieselgate Volkswagen - jurutera telah dipaksa melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, kerana takut akan keselamatan kerja mereka.

"Organisasi itu telah menjadi organisasi yang tidak teratur di mana orang ramai tidak dapat mengatakan apa yang mereka tidak boleh lakukan," kata bekas pendakwa raya dan ketua jawatankuasa Sakakibara kepada Reuters.

Walau bagaimanapun, tidak seperti kes Volkswagen, jawatankuasa siasatan mendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengurusan Hino menyedari salah laku itu, dan ia terhad kepada pasukan trenkuasa.

Imej oleh Kyodo news agency

"Bahagian ini memerlukan kepakaran tinggi, dimana ia menghalang perubahan kakitangan dan membenarkan salah laku berterusan," kata ahli jawatankuasa Makoto Shimamoto.

“Penyelewengan ini telah terjadi di dalam unit, tetapi tiada fungsi pemantauan di unit lain, yang menjadi isu utama,” katanya. "Walaupun tiada pergerakan kakitangan dalam organisasi, isu ini sepatutnya ditemui."

Ironinya, Hino kini diketuai oleh Satoshi Ogiso, dikenali sebagai bapa Toyota Prius. Tahun lepas, Ogiso dihantar dari Toyota untuk mengambil alih peranan Presiden di Hino yang mana Toyota mempunyai 50.1 peratus kepentingan.

Ogiso berkata syarikat itu telah meletakkan kualiti, pematuhan dan pembangunan bakat sebagai tulang belakang kerana ia berusaha untuk mengembangkan skala dan volumnya bermula sekitar 2000.

Hasilnya, sasaran berangka, seperti jadual pembangunan produk dan kecekapan bahan api diutamakan berbanding bekerja mengikut proses yang betul, katanya.

Hino telah menjadi anak syarikat Toyota sejak 2001.

Ogiso juga berkata bahawa Presiden Toyota Akio Toyoda telah menghubunginya, memberitahunya bahawa salah laku Hino telah mengkhianati kepercayaan semua pemegang saham.

Tempoh hari, Presiden Toyoda mengumumkan bahawa beliau akan memecat Hino daripada perkongsian kenderaan komersial 'Team Japan' CJPT (Commercial Japan Partnership Technologies Corporation), yang turut mengira Isuzu, Suzuki, dan Daihatsu sebagai ahli.

Presiden Toyoda yang biasanya sopan memilih kata-kata yang sangat kuat, sehingga memanggil Hino sebuah syarikat yang tidak boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada industri automotif Jepun yang mempunyai 5.5 juta orang.

CJPT telah ditubuhkan pada 2021 dengan matlamat untuk mengumpulkan sumber untuk pembuat trak Jepun, termasuk pembuat trak mini kei seperti Suzuki dan Daihatsu – yang menjual lebih separuh daripada semua kenderaan komersial yang dijual di Jepun – untuk membangunkan penyelesaian bagi kenderaan komersil elektrik dan bersambung.

Mengenai pengusiran Hino dari CJPT, Presiden Akio Toyoda berkata:

"Sebagai syarikat induk dan pemegang saham Hino, kami amat kecewa dengan salah laku syarikat berhubung dengan ujian pensijilan yang telah menjejaskan kepercayaan pelanggan kami dan semua pihak berkepentingan lain. Hino telah melakukan salah laku dalam pensijilan enjin sejak sekian lama. Syarikat itu berada dalam situasi di mana ia tidak boleh diiktiraf sebagai salah satu daripada 5.5 juta individu dalam industri automotif Jepun.

“CJPT adalah projek untuk membina masa depan bersama, berdasarkan teknologi CASE Jepun. Setakat ini, kami percaya bahawa penyertaan Hino akan menyusahkan pihak berkepentingan, dan kami telah memutuskan bahawa adalah wajar untuk memecat Hino daripada CJPT. Kesimpulan ini dicapai selepas perbincangan dengan syarikat terbabit. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami dalam projek itu untuk menyelesaikan isu yang dihadapi industri pengangkutan dan menyumbang kepada mencapai masyarakat neutral karbon."

Akibat penyingkiran tersebut, Hino akan dikecualikan daripada semua perjanjian, termasuk perjanjian perancangan bersama, dan pegangan ekuiti Hino (10%) dalam CJPT akan dipindahkan kepada Toyota.

Hino masih akan menjadi sebahagian daripada kumpulan Toyota Motor, dan 50.1 peratus kepentingan Toyota dalam Hino akan kekal tidak berubah. Apa yang berubah ialah penyertaan Hino dalam CJPT.

Sudah tentu, ia juga boleh dikatakan bahawa langkah itu hanyalah untuk menutup pekong di dada, kerana Hino masih akan mendapat manfaat daripada CJPT melalui Toyota.

Barisan trak Hino EV untuk pasaran Amerika Syarikat

Tindakan Hino untuk merekrut bekas pendakwa raya untuk mengetuai jawatankuasa siasatannya adalah serupa dengan seorang kanak-kanak Asia yang tahu dia telah membuat kekacauan, dan bukannya menunggu kekalahan, malah menghadiahkan tongkat kepada bapanya sambil menundukkan kepalanya.

Ia telah berjaya menenangkan masyarakat Jepun dan komuniti pelabur, dan setakat ini, kesan daripada Amerika Syarikat nampaknya terkawal, sekali gus menyelamatkan syarikat itu daripada masalah yang dihadapi oleh Volkswagen dimana penafian dan penggunaan langkah undang-undang agresif menimbulkan kemarahan pihak pendakwa.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda