window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City?

Haris Β· Aug 11, 2022 11:59 AM

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 01

Ombak hype nampaknya telah reda berikutan pelancaran Toyota Vios 2023 serba baharu yang dirasmikan beberapa hari lepas. Sebelum ini, Wapcar.my ada membincangkan mengenai strategi Toyota yang mahu menawarkan model yang berbaloi dengan harga - memberikan lebih banyak ciri untuk nilai wang anda. Oleh itu, apa kata kita selami dulu ciri baharu yang diperkenalkan.

Sebelum itu, perbandingan ini menggunakan model pasaran domestik Thailand sebagai perbandingan justeru jangkakan sedikit perbezaan apabila ia menyusul ke Malaysia kelak.

Ergonomik - Kini suatu kepentingan

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin penambahbaikan paling penting yang dilakukan pada Toyota Vios ialah kemasukan stereng teleskopik untuk pelarasan kecondongan dan sudut mendatar. Nampak macam suatu ciri biasa namun ciri ini sebenarnya meletakkannya setanding dengan saingan terasnya, Honda City dan Nissan Almera.

Kekurangan ciri stereng teleskopik ini membuatkannya sedikit ketinggalan berbanding model pesaing namun Toyota nampaknya ada mendengar keluhan pengguna.

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 01

Satu lagi tambahan baharu utama ialah corong pendingin hawa belakang - juga merupakan satu ciri yang kini unik hanya untuk Honda City. Sebagai rakyat di negara beriklim khatulistiwa, mana-mana model segmen-B yang menawarkan ciri ini memang laku keras!

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 02

Bercakap mengenai penyaman udara, ia juga menarik untuk melihat bahawa Toyota Vios serba baharu menambah sistem penapisan udara PM2.5 ke dalam sistem kawalan iklim automatiknya. Ciri ini dah banyak kereta jenama China tawarkan sekarang!

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 03

Pada bahagian lain, kabin Toyota Vios serba baharu turut mendapat kluster instrumen digital 7-inci, brek letak kenderaan elektrik (EPB), dan sistem pencahayaan ambien 64 warna. Fuh, ini bukan sikit-sikit bagi. Setanding model segmen-C dah!

Baca: Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa?

Keselamatan – Ada yang lebih, banyak kurang

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 04

Selaras dengan trend Toyota yang terus menerus meningkatkan keselamatan kenderaan mereka (kaizen), Vios generasi baharu ini tidak terkecuali dari menerima pelbagai ciri keselamatan yang bagus.

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 05

Suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) kini menawarkan ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic High Beam (AHB), Front Departure Alert (FDA), dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 06

Buat pertama kalinya, Toyota Vios (menggunakan nama Yaris Ativ di Thailand) menawarkan Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Kedua-dua ciri ini sudah pun berada dalam Toyota Vios spesifikasi Malaysia.

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 07

Walau bagaimanapun, satu langkah ke belakang ialah pengguguran beg udara lutut pemandu daripada 7 beg udara menjadi 6 sahaja. Hal ini kerana model ini dibangunkan oleh Daihatsu dan bukannya pembangunan sepenuhnya oleh Toyota. Tanpa berkecuali, kesemua varian 2023 Toyota Yaris Ativ di Thailand didatangkan standard dengan 6 beg udara.

Baca: Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Bila masuk Malaysia?

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 08

Kabin dalaman juga tampil berani dengan rona merah

Toyota Vios 2023 berkemungkinan menyusuk ke Malaysia pada tahun hadapan. Untuk itu, terdapat beberapa ciri yang mungkin boleh ditawarkan di sini.

Sebagai contoh, terdapat peluang untuk Toyota Vios 2023 berspesifikasi Malaysia menampilkan Lane Keep Control (LKC) – sesuatu yang tiada pada kereta berspesifikasikan Thailand itu. Hal ini kerana set ciri Vios generasi seterusnya berkemungkinan akan merujuk model segmen sama, dalam kes ini Toyota Veloz yang akan dilancarkan tidak lama lagi siap dengan ciri LKC.

Akhirnya! Toyota Vios D92A ada stereng teleskopik (dan banyak lagi), 'spec' makin rapat dengan City? 09

Tiada tempat duduk boleh lipat

Selain LKC, terdapat kemungkinan untuk Vios kami yang berspesifikasikan Malaysia menampilkan tempat duduk belakang lipat 60:40 dan tayar ganti, kedua-duanya tidak ditawarkan pada kereta spesifikasi Thai tetapi tersedia pada model sekarang (NSP151).

Perlu diingat bahawa perubahan ini hanya merujuk kepada Toyota Yaris Ativ pasaran Thailand (Vios di pasaran lain) dan semua ciri baharu tidak semestinya akan ditawarkan di sini.

Adakah anda mahu Vios yang paling berbaloi untuk wang atau Vios  yang menjadi kereta segmen-B paling selamat?

Baca: 2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda