window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio

Haris ยท Aug 19, 2021 11:00 AM

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio 01

Perintah Kawalan Pergerakan yang berterusan di Malaysia tidak hanya mempengaruhi ekonomi tempatan tetapi juga syarikat yang berada di luar negara. Dalam kes ini, kilang pembekal Bosch di Muar, Malaysia telah mempengaruhi pengeluaran Nio dan Tesla.

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio 02

Gangguan ini dilaporkan oleh CarNewsChina, memetik kata-kata David Xu, naib presiden Bosch China. Dalam hantaran media sosial oleh David, kes baharu Covid-19 di kilang Muar pembekal mereka menyebabkan sebahagian kilang ditutup sementara oleh pihak berkuasa tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio 01

Penutupan sementara bahagian-bahagian ini telah mempengaruhi barisan pengeluaran yang bertanggungjawab untuk kawalan kestabilan Bosch (ESP, Integrated Power Brake, IPB), Vehicle Control Unit (VCU), dan Transmission Control Unit (TCU) yang berkaitan dengan cip.

Baca: Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi!

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio 02

Selanjutnya, menurut David lagi, kilang Muar pembekal tersebut kini menggaji lebih daripada 3,000 kakitangan. Dari jumlah itu, dilaporkan bahawa ratusan telah dijangkiti virus dan lebih daripada 20 pekerja telah meninggal dunia.

Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio 03

Tetapi Tesla dan Nio bukanlah dua syarikat sahaja yang terjejas oleh gangguan ini. Di China, Bosch turut membekalkan komponen kepada syarikat seperti BMW Brilliance, Changan, dan FAW-Volkswagen.

Model Nio dan Tesla yang benar-benar terjejas masih belum diketahui, dokumen yang bocor mendedahkan bahawa FAW-Volkswagen telah menghentikan pengeluaran Audi A4L dan Audi A6L pasaran China buat sementara waktu.

Baca: Nio atau 'Tesla China' mahu hasilkan jenama marhaen! Apa yang bakal ditawarkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda