window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat

Khairil · Jan 19, 2021 01:00 PM

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 01

Bagaikan babak lucu dalam filem lakonan seniman agung Arwahyarham Tan Sri P Ramlee, Seniman Bujang Lapok, ia turut berlaku dalam dunia realiti apabila tular foto sebuah motosikal 'terbang' ke atas kotak peti surat.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri Blok Akasia, Bayan Lepas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan awal, ia berlaku disebabkan pemilik motosikal dari jenama Yamaha 135LC berkenaan memarkir motosikalnya di lokasi tidak sepatutnya dan mengganggu lalu utama penduduk flat berkenaan.

Difahamkan juga, motosikal berkenaan adalah kepunyaan seorang lelaki warga asing yang dipercayai dibelinya pada tahun lalu.

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 01

Selepas foto berkenaan tular, rata-rata netizen menyokong tindakan penduduk flat berkenaan yang dikatakan mampu memberi pengajaran buat orang lain.

Begitupun, selepas diselidiki lebih mendalam, mungkin berlaku salah faham membabitkan perkara berkenaan.

Menurut laporan Utusan Online, seorang penduduk flat berhampiran mendakwa kejadian berlaku bukan disebabkan oleh sikap pemilik motosikal berkenaan seperti didakwa netizen.

Tetapi sebaliknya, ia berlaku apabila salah seorang pemilik motosikal lain bertindak menolak kenderaan itu di dalam petak kuning semasa mahu mengambil motosikalnya.

Dan malangnya, ia tidak mengalihkan semula motosikal berkenaan ke tempat asal.

Begitupun, kejadian itu berlaku disebabkan penduduk flat berkenaan sudah hilang sabar dengan tindakan segelintir pemilik motosikal di kawasan berkenaan yang sebelum ini turut sengaja meletakkan motosikal mereka di tempat tidak sepatutnya.

Tindakan tidak wajar itu akan menyebabkan laluan utama flat berkenaan terhalang justeru menyebabkan masalah besar jika berlaku sebarang kecemasan.

Motosikal berkenaan sudah diturunkan pemiliknya dari atas peti surat berkenaan selepas lebih 24 jam kejadian berlaku.

Memetik babak lucu Arwahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok, beliau bersama sahabatnya Aziz Sattar dan S. Shamsuddin yang sedang berusaha menghafal skrip lakonan tidak tahan dengan tindakan seorang pemilik motosikal di kejiranan mereka yang memulas pendikit di tengah malam.

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 02

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 03

Akibat salah faham, motosikal 'terbang' atas kotak peti surat 04

Mereka kemudian secara sinis ingin menghulurkan bantuan namun motosikal berkenaan akhirnya 'terbang' di atas bumbung rumah.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda