window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak

Haris · May 24, 2021 11:00 AM

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 01

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta yang menjadi pilihan sesetengah restoran kini disahkan sebagai aktiviti yang melanggar SOP. Hal ini telah diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ini (Park-and-dine) adalah tidak mematuhi SOP, cuma bawa pulang (take away) sahaja dibenarkan. Menyediakan makanan untuk makan di dalam kereta bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan bawa pulang.

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 01

Gambar hiasan

“Aktiviti ini boleh dikompaun kerana tidak patuhi SOP. Ingin saya tegaskan bahawa aktiviti melayan pelanggan dengan membawa makanan untuk dimakan dalam kenderaan (sendiri atau kenderaan yg disediakan oleh restoran) dan mengambil semula bekas makanan dari pelanggan bukan dikategorikan sebagai bawa pulang,” tegasnya kepada Astro AWANI pada hari Ahad semalam.

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 02

Aktiviti Park-and-dine kembali hangat selepas aktiviti makan di restoran (dine-in) tidak dibenarkan sejak PKP 3.0 bermula. Beberapa restoran tampil dengan idea Park-and-dine untuk memberi peluang kepada pelanggan yang mahukan perkhidmatan restoran penuh tetapi dikekang oleh Prosedur Operasi Standard.

Tegas Datuk Aidi lagi, perkhidmatan Park-and-dine boleh dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar SOP. 

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 03

Sebelum ini, status perkhidmatan Park-and-dine masih samar-samar disebabkan ia masalah baharu yang timbul berikutan daripada larangan makan di restoran (dine-in). Antara alasan yang menghalang aktiviti Park-and-dine adalah perkongsian dulang, pinggan dan sebagainya antara pelanggan. 

Aktiviti ‘Park-and-dine’ dalam kereta disahkan langgar SOP - Polis Sarawak 04

Selain itu, larangan untuk makan di restoran bertujuan untuk mengurangkan kontak rapat sesama individu di suatu kawasan. Namun aktiviti Park-and-dine dikatakan meningkatkan lagi kontak rapat di mana pelayan restoran terdedah kepada jangkitan pelanggan dan membawa virus ke pelanggan lain.

Apa lagi yang tak dibenarkan:

PKP 3.0: Sekatan jalan raya akan ditambah, waktu operasi stesen minyak dan kedai 8am - 8pm

PKPD: SOP telah dikemaskini untuk PKPD di Perak bermula 22 Mei 2021!

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda