window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j!

Khairil ยท Jun 2, 2023 04:00 PM

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 01

Syarikat pengeluar motosikal elektrik Indonesia, Alva Motor memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya dikenali Alva Cervo (2023) di pasaran republik berkenaan.

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 02

Tampil dengan rekaan moden, sporty yang dijangka mampu menarik pengguna muda, dua pilihan varian ditawarkan kepada pengguna untuk Alva Cervo (2023) yang membabitkan penggunaan satu atau dua bateri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 01

Untuk varian satu bateri, harga jualannya adalah Rp. 37,750,000 (RM 11,679). Manakala untuk varian dua bateri, harga jualan yang diumumkan adalah Rp. 42,750,000 (RM 13,226).

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 02

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu: 

  • Nebula Green
  • Edgy Turquoise
  • Mars Cooper
  • Halo White
  • Supernova Black

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 03

Mengulas spesifikasi trenkuasa, Alva Cervo (2023) dijana motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 9.3 kW (12.4 Hp) dengan tork setinggi 53.5 Nm. 

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 04

Motor elektrik itu dibekalkan tenaga daripada bateri lithium 73.8 V 24Ah (1.8 kWh) dengan kuasa pengecas 1 kW. Menurut Alva, tempoh pengecasan untuk dua bateri mengambil masa kira-kira 4 jam.

Dengan varian dua bateri, Alva mendakwa Alva Cervo (2023) mempunyai jarak tunggangan sejauh 125 km dan mampu 'diperah' untuk kelajuan maksimum 103 km/j. Selain itu, skuter elektrik ini juga dikatakan mampu mendaki jalan berbukit sehingga 17 darjah. 

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 05

Sebagai skuter elektrik berteknologi, Alva Cervo (2023) turut dipadankan dengan ciri-ciri canggih seperti 3 mod tunggangan (Eco, Urban, Sport, Electric Turbo Boost) dan Reverse Mode.

Turut tersedia adalah teknologi 'Anti-Flood Technology with Water Resistance' dan 'Side Stand Sensor'.

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 06

Ciri-ciri canggih lain termasuklah penggunaan panel meter jenis dicital TFT berwarna yang lengkap dengan My ALVA Mobile Apps. Ia memberikan maklumat seperti Live Battery & Charging Status, Live Map Tracking, Riding Statistic serta bantuan Roadside Assistance.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan), penyerap hentak tunggal (belakang) dengan 'Single side swingarm' dan brek cakera tunggal (depan, belakang)  dengan 'Combined Braking System'.

Alva Cervo (2023) lancar di Indonesia, skuter elektrik jarak tunggang 125 km, kelajuan maksimum 103 km/j! 07

Informasi penting lain adalah seperti set roda bersaiz 110/80-14 (depan) dan 140/70-14 (belakang), sistem lampu LED projektor (depan), lampu LED (belakang dan DRL) dan port pengecas USB.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda