window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ambang Bajet 2025 - pakar menasihatkan k'jaan belanja 2.5% untuk baiki infrastruktur pengangkutan

Faisal · Sep 11, 2024 11:11 AM

Ambang Bajet 2025 - pakar menasihatkan k'jaan belanja 2.5% untuk baiki infrastruktur pengangkutan 01

Menurut Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) dan pakar pengangkutan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Wan Mazlina Wan Mohamed, kerajaan disarankan belanja 2.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun untuk menyelenggara infrastruktur awam iaitu aset negara.

Jelas beliau dalam wawancara bersama Bernama, “Kerajaan boleh membantu menghalang kemerosotan dan memanjangkan jangka hayat aset infrastruktur penting dengan menyalurkan peruntukan penyelenggaraan tahunan ini."

Ambang Bajet 2025 - pakar menasihatkan k'jaan belanja 2.5% untuk baiki infrastruktur pengangkutan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, Mazlina berkata bahawa peruntukan penyelenggaraan berbeza dan mengikut status ekonomi sesebuah negara.

Kata Mazlina, “Bagi negara berpendapatan rendah, kira-kira 3.3% daripada KDNK diperlukan. Bagi negara berpendapatan sederhana, sekitar 2.5% daripada KDNK adalah disyorkan. Untuk negara berpendapatan tinggi pula, dicadangkan kira-kira 0.76% daripada KDNK."

Ambang Bajet 2025 - pakar menasihatkan k'jaan belanja 2.5% untuk baiki infrastruktur pengangkutan 01

Di samping itu, beliau berkata bahawa untuk projek baru, garis panduan lazim adalah memperuntukkan 10 - 15% daripada keseluruhan kos projek untuk penyelenggaraan preventif.

“Kemerosotan infrastruktur boleh berlaku tanpa penyelenggaraan yang kerap, sekaligus menimbulkan keadaan tidak selamat seperti haus dan lusuh. Akhirnya, kerja pembaikan atau penggantian perlu melibatkan lebih banyak komponen, dengan kos lebih mahal. Jalan raya dan sistem transit yang tidak diselenggara dengan baik pula akan menyebabkan kecekapan sosioekonomi terjejas,” ulasnya.

Ambang Bajet 2025 - pakar menasihatkan k'jaan belanja 2.5% untuk baiki infrastruktur pengangkutan 02

Pakar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Rohafiz dalam wawancara sama turut mencadangkan bahawa Malaysia boleh mencontohi ketepatan masa dan kebolehpercayaan Jepun terhadap sistem pengangkutannya.

Kata beliau, Jepun memberi tumpuan pada ketepatan masa dan rangkaian rel yang meluas. Negara itu menghubungkan bas dengan stesen kereta api untuk memastikan akses ke bandar utama dari kawasan luar bandar dapat dicapai.

Juga bacaK'jaan sasar 40% daripada rakyat Malaysia guna pengangkutan awam menjelang 2030 - Rafizi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda