window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Anak tempatan buat hal di negara luar, dah lah terlebih laju, kantoi guna lesen memandu Malaysia palsu

Faisal ยท Apr 21, 2022 03:00 PM

Anak tempatan buat hal di negara luar, dah lah terlebih laju, kantoi guna lesen memandu Malaysia palsu 01

Kredit foto: Traffic and Highway Patrol Command - NSW Police Force

Baru-baru ini, tertular satu kisah di Australia di mana seorang wanita 26 tahun dari Malaysia diberhentikan di tepi jalan oleh polis lebuh raya Griffith gara-gara memandu melebihi had laju.

Pemandu kereta jenis Honda Accord itu didapati memandu pada kelajuan 113 km/j di zon had laju 100 km/j. Malangnya sewaktu pemeriksaan dibuat, suspek memberi lesen memandu Malaysia, bukannya Australia.

Anak tempatan buat hal di negara luar, dah lah terlebih laju, kantoi guna lesen memandu Malaysia palsu 02

Tanpa melengahkan masa, pihak polis Australia mengubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan mendapati bahawa tiada rekod yang sah berkenaan nombor lesen tersebut. Menariknya, hasil siasatan rekod di Australia sendiri mendapati bahawa gadis itu mempunyai lesen New South Wales Learners, iaitu lesen belajar memandu L untuk negara tersebut. Cumanya, pemeriksaan latar belakang yang berkait dengan nombor identiti lesen tersebut agak memusykilkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anak tempatan buat hal di negara luar, dah lah terlebih laju, kantoi guna lesen memandu Malaysia palsu 01

Dalam soal siasat terperinci, pemandu wanita itu telah jujur dan berkata “Saya meminta seseorang untuk membuat lesen Learner tersebut.”

Menurut laporan orang dalam, wanita itu menetap di New South Wales sejah 6 tahun yang lalu. Visa yang dia guna sepanjang tempoh itu pula adalah jenis sementara.

Anak tempatan buat hal di negara luar, dah lah terlebih laju, kantoi guna lesen memandu Malaysia palsu 02

Apapun, pemandu berwarganegara Malaysia itu didakwa ke mahkamah Griffith Court House di atas tiga sebab utama iaitu:

  1. Pelajar sekolah memandu yang tidak ditemani pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji
  2. Pelajar tidak memaparkan pelekat L seperti yang diwajibkan
  3. Pelajar memandu melebihi had laju

Sumber: Traffic and Highway Patrol Command - NSW Police Force

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda