window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford!

Mersita · Aug 4, 2021 04:00 PM

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 01

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia menawarkan pakej servis percuma dua tahun kepada pelanggan baharu model Ranger Wildtrak dan XLT Plus terpilih, sementara stok masih ada.

SDAC-Ford juga baru-baru ini meningkatkan perkhidmatan pelanggannya dengan memperkenalkan Pakar Ford Ranger (Ford Ranger Specialist) yang menyediakan khidmat jualan yang lebih peribadi dan lancar.

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kami sentiasa inovasi dalam mencari jalan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami. Tawaran servis percuma dua-tahun memberikan kelegaan kepada pelanggan kami, tambahan lagi pada waktu mencabar ini,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Konsultasi secara maya bukan sahaja memastikan keselamatan pelanggan semasa pandemik, malahan ia meningkatkan pengalaman yang lebih peribadi dan keselesaaan yang diinginkan oleh pelanggan,” tambahnya lagi.

Kelegaan pelanggan dengan servis percuma dua tahun

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 01

Tawaran servis percuma dua-tahun ini sah untuk model Ranger WildTrak dan XLT Plus Tahun Buatan 2021 dan hanya untuk yang sempat merebut peluang ini sahaja.

Untuk pelanggan yang inginkan perincian bertaraf tinggi yang baharu serta ciri keselamatan unggul yang tiada pada segmen pikap, Ranger WildTrak adalah pilihan yang tepat. Ia datang dengan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri unggul untuk sebuah trak pikap seperti Brek Kecemasan Berautonomi dengan  Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan dan Amaran Keluar Laluan dan Parkir Selari Separa Automatik.

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 02

WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang yang menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm.

Ford Ranger XLT Plus menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang menghasilkan tenaga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri kemudahan seperti kunci pintar dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat yang amat sesuai untuk tugas dan aktiviti lasak.

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 03

Seperti kesemua model Ranger yang lain, WildTrak dan XLT Plus dilindungi waranti pengeluar lima-tahun Ford atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Lebih peribadi, mudah dan selamat dengan Pakar Ford Ranger

Peminat Ford Ranger dan mereka yang mengidamkan jenama dan gaya hidup Ranger kini boleh menghubungi Pakar Ford Ranger untuk mendapatkan konsultasi jualan secara maya tanpa perlu pergi ke bilik pameran.

Mereka hanya perlu menghantar mesej melalui WhatsApp di talian +6019 204 1200 dan mereka akan dihubungi oleh seorang Pakar Ford Ranger dalam jangka masa satu hari bekerja.

Anda pemilik baru Ford Ranger? Ini caranya untuk dapatkan servis percuma 2 tahun dari SDAC-Ford! 04

Pakar Ford Ranger adalah mereka yang telah dilatih khusus untuk membiasakan pelanggan baharu dan sedia ada dengan ciri-ciri kenderaan dan kegunaannya agar mereka dapat memanfaatkan Ranger sepenuhnya menepati gaya hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran servis percuma atau pun tentang mana-mana model Ford Ranger, sila WhatsApp Chat Pakar Ford Ranger atau layari www.sdacford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda