window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya?

Mersita · Jan 22, 2021 03:15 PM

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 01

Sistem infotainmen yang didatangkan dengan fungsi Android Auto atau Apple CarPlay kadangkala jadi satu titik penentu bagi pembeli kereta baru. Kalau tak ada sistem ini, ‘cancel’. Setakat ini, sistem ini dianggap sebagai salah satu sistem infotainmen yang sangat praktikal dan digemari ramai atas sebab-sebab berikut:

  • Ia membolehkan pemandu mengakses aplikasi seperti Waze, Google Maps, Spotify, dan WhatsApp dengan mudah dan ‘seamless’ terus dari skrin paparan kereta.
  • Kawalan aplikasi tidak perlu dilakukan melalui skrin telefon pintar. Head unit sekarang hampir semuanya ‘touch screen’!
  • Boleh disambung melalui Bluetooth atau USB.
  • Anda boleh ‘lock screen’ telefon bimbit anda tanpa mengganggu sambungan tersebut. Jimat bateri!

Bagi pengguna tegar aplikasi telefon pintar semasa memandu (Waze, Spotify, dll.), Android Auto sangat sesuai untuk anda.

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 02

Lexus RX yang sedia didatangkan dengan Android Auto

Mula-mula sekali, kena ada head unit 'Android player'

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakan penulis kami dah pasang head unit berskrin sentuh yang juga berdasarkan Android dengan harga yang agak murah (sekitar RM 300) pada Toyota Vios 2003 miliknya. Kami harap panduan ini boleh membantu anda jika berminat untuk memasang Android Auto dengan head unit serupa di dalam kereta anda sendiri.

Bukankah semua head unit Android didatangkan dengan Android Auto?

Ramai orang salah anggap perkara ini. Pemain media berdasarkan Android berbeza dengan head unit yang mempunyai Android Autonya sendiri. Penjual-penjual kurang jujur mungkin akan cuba mengelirukan anda dengan mengatakan ia adalah “Android Auto”. Tapi, anda boleh elak perkara sebegini daripada berlaku; periksa terlebih dulu di laman sesawang pembuat head unit tersebut.

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 01

Perasan tak perbezaan harga antara kedua-dua unit ini? Unit di bawah adalah yang berdasarkan Android.

Head unit dengan sokongan Android Auto sendiri (iaitu unit yang tidak memerlukan aplikasi berasingan seperti dalam panduan ini) selalunya dijual pada harga lebih mahal berbanding head unit berdasarkan Android yang lebih mudah didapati di mana-mana.

Dah jelas? Jom kita teruskan pula dengan langkah-langkah mengintegrasikan Android Auto pada head unit kereta anda.

Langkah 1: Muatnaik ‘Headunit Reloaded’ dalam head unit kereta anda

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 02

Apabila head unit kereta anda sudah dihubung dengan Internet, buka Google Play Store dan cari aplikasi ‘Headunit Reloaded’. Ia ada versi cubaan percuma selama 7 hari. Untuk dapatkan akses penuh, anda perlu bayar RM 20.99.

Langkah 2: Muatnaik Android Auto di dalam telefon pintar anda

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 03

Bagi peranti yang sudah beroperasi dengan Android 10, aplikasi Android Auto sudah tersedia di dalam OS (‘operating system’) peranti anda. Jika OS peranti anda adalah Android versi lama, kami sarankan anda untuk dapatkan fail APK dari laman-laman yang dipercayai, contohnya apkmirror.

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 04

Perkara yang membuatkan apkmirror.com boleh dipercayai adalah kerana semua aplikasi yang mereka sediakan sudah direbiu dan disahkan. Laman sesawang ini juga menyediakan pelbagai ‘file hashes’ supaya anda boleh sahkan samada aplikasi itu sudah ‘dicemari’ atau tidak.

Setelah anda pastikan fail yang dimuatnaik tersebut elok dan selamat, anda perlu nyahaktifkan tetapan ‘unknown source’ di dalam menu ‘Settings’/'Tetapan’ telefon pintar anda.

Awas! Selain daripada aplikasi di dalam head unit yang berharga RM 20.99 tadi, Android Auto bagi telefon pintar adalah percuma. Jika ada laman yang meminta bayaran, sila abaikan.

Langkah 3: Sambung telefon pintar anda pada head unit kereta

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 05

Pastikan yang anda bukannya menyambung telefon pintar anda ke port pengecas. Kebanyakan head unit di pasaran terbuka dilengkapi dengan port USBnya sendiri. Inilah sambungan yang anda harus gunakan bagi menghubungkan telefon bimbit anda dengan head unit tersebut.

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 06

Dah siap sambung? Anda akan menerima beberapa notifikasi pada head unit tersebut; antaranya meminta kebenaran untuk mengesahkan sambungan, dan perkara ini penting bagi membolehkan sistem ini berfungsi dengan baik.

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 07

Pilih ‘Via USB’ dan pilih nama telefon pintar/peranti anda pada head unit tersebut. Pada masa yang sama, anda juga perlu membenarkan sambungan melalui notifikasi yang diterima di dalam telefon pintar/peranti anda.

Langkah 4: Dah siap! Anda dah ada Android Auto!

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 08

Apabila semua kebenaran/‘permission’ sudah disahkan, anda dah boleh lihat Google Maps atau Waze terpapar pada head unit anda. Ini bermaksud Android Auto sudah berjaya dipasang pada sistem infotainmen kereta anda!

Apabila semua sambungan sudah diselesaikan, anda hanya perlu menyesuaikan tetapannya mengikut citarasa anda – termasuklah memuatnaik aplikasi-aplikasi yang diperlukan dan menyegerakkannya/‘sync’ dengan telefon pintar/peranti anda.

Ada masalah? Troubleshoot!

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 09

Spotify pun dah boleh main macam biasa.

Jika Android Auto anda tak mahu berfungsi, mula-mula sekali periksa sambungan kabel anda. Kadangkala, apabila kabel yang digunakan rosak atau tidak sesuai, peranti anda tidak dapat disambung dengan baik pada head unit tersebut. Perkara yang sama juga boleh terjadi pada kereta-kereta serba baru. Kalau nak selamat, jangan kedekut; gunalah kabel yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

Selain dari itu, pastikan semua kebenaran atau ‘permissions’ yang dipinta dari head unit dan telefon pintar anda sudah diberi. Akses untuk lokasi adalah penting bagi membolehkan aplikasi navigasi berfungsi dengan baik.

Kesimpulan

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya? 10

Semua aplikasi yang anda perlukan ada di sini

Apabila kereta anda sudah dilengkapi dengan head unit Android, amat mudah untuk anda dapatkan Android Auto dengan harga yang sangat berpatutan.

Sistem lain seperti MirrorLink juga membolehkan anda memancarkan skrin telefon di skrin head unit kereta, tapi skrin telefon anda tak boleh ditutup/’lock’ pula. Lama-lama jahanam bateri phone. Sedang kita duduk di rumah sepanjang PKP ini, apa kata kita mulakan projek baru ini untuk ‘up level’ kereta anda? Selamat mencuba!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda