window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant

Faisal ยท Aug 26, 2021 09:00 AM

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 01

Google secara rasminya mengumumkan bahawa Android Auto (aplikasi yang menyambungkan fungsi telefon anda terus ke infotainment kereta) akan digantikan dengan mod memandu Google Assistant. Ciri ini digabungkan dengan aplikasi Google Maps dimana pengguna boleh menukar ke skrin memandu apabila hendak mulakan perjalanan.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebenarnya, ciri ini sudah ada dalam sistem operasi Android 10.

Bagi anda yang belum tahu, Android Auto yang ada selama ini akan mengubah skrin telefon anda kepada paparan yang lebih ringkas. Jadi inilah yang dimaksudkan dengan skrin memandu. Contohnya seperti di bawah ini.

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 01

Untuk peranti yang menyokong Android 10, mod memandu akan diaktifkan secara automatik setiap kali telefon disambungkan dengan infotainment kereta. Pengguna juga tidak perlu buka lagi aplikasi Android Auto untuk mengubah ke mod memandu.

Cumanya apabila Google menghentikan aplikasi tersebut, pengguna Android yang keretanya tidak menyokong Android Auto masih perlu buka skrin telefon.

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 02

Kredit: XDA Developers.

Mod memandu Google Assistant yang diperkatakan ini boleh diakses melalui Google Maps terus. Menurut panduan Google, pengguna hanya perlu mulakan mod memandu dalam aplikasi Google Maps.

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 03

Apapun, mod baru ini masih datang dengan ciri yang sama. Antaranya seperti App Launcher yang mana ia memberikan akses terus ke aplikasi seperti Youtube, Music dan Spotify. Pada masa yang sama, ia juga boleh membaca mesej secara jelas. Malah, pengguna boleh membalas terus walaupun dalam keadaan memandu.

Android Auto pada skrin telefon dihentikan, selamat datang mod memandu Google Assistant 04

Kredit: 9to5google.

Untuk mengetahui kebolehan mod memandu Google Assistant, pengguna boleh ubah tetapan melalui Settings > Navigation settings > Google Assistant settings.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda