window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI

Mersita ยท Nov 20, 2020 04:00 PM

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 01

Sumber gambar: Buletin TV3 & Harian Metro

Dikelabui ketamakan dan keinginan hidup senang, sekumpulan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selama ini makan suap dalam sindiket memalsukan cop pengesahan keluar dan masuk di pintu utama negara.

Menurut laporan Harian Metro, tindak-tanduk mereka telah dipantau sejak enam bulan lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama JIM. Op Selat ini memerhatikan tindakan sindiket ini di pintu-pintu utama negara terutamanya di KLIA, klia2 dan Bangunan Sultan Ismail, JB. Operasi besar-besaran itu berjaya memberkas 46 individu, 27 antaranya ialah pegawai imigresen.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 01

Sumber

Pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket ini dipercayai memalsukan pengesahan cop keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mereka semakin giat melakukan aktiviti jenayah ini semenjak PKP dan PKPB dilaksanakan. Permintaan datang daripada majikan yang mahu melanjutkan tempoh izin untuk berada di dalam negara ini serta permintaan untuk mereka pulang ke negara asal masing-masing.

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 02

Pengerasnya? Pegawai lain mungkin dapat ‘duit kopi’ saja yang boleh mencapai ribuan ringgit. Tangkapan pada Isnin lalu dibuat oleh SPRM keatas pegawai JIM yang disyaki ‘main besar’ dalam sindiket ini kerana didapati hidup dalam keadaan terlalu mewah walaupun hanya dijawat di bawah Gred KP19.

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 03

Antara kereta mewah yang ditemui di klia2. Sumber

Selain daripada wang tunai berjumlah RM 132,000 yang ditemui, beraneka kereta mewah ‘dihadiahkan’ kepada pegawai imigresen yang terlibat dan antara kereta-kereta yang diperolehi hasil daripada salah-guna kuasa ini ialah Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan impot lain.

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 04

Sumber

Jumlah keseluruhan kereta mewah yang dirampas oleh pihak SPRM ialah 21 buah berserta 4 motosikal berkuasa tinggi. Pegawai JIM yang diberkas itu juga mempunyai wang di dalam akaun bank yang berjumlah RM 616,499 yang turut disita oleh SPRM.

Anggota imigresen kantoi makan suap, dapat kereta mewah untuk cop pasport PATI 05

Sumber

Sumber yang memberitahu akhbar itu juga berkata yang siasatan SPRM mendapati sindiket itu telah membelanjakan RM 14.5 juta untuk ‘menyuap’ pegawai JIM sejak 4 tahun lalu.

Dua orang lelaki yang dipercayai menjadi kunci bagi siasatan kes rasuah ini menjadi buruan pihak SPRM – iaitu Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36. Mereka masih belum ditemui dan jika sesiapa ada maklumat, SPRM meminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 / 03-8870 0512 atau emel ke muhamadhairi@sprm.gov.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda