window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Angkara bateri mati, pemilik Tesla Model S tak boleh masuk kereta sendiri - kos ganti RM 87k!

Haris ยท Sep 22, 2022 09:00 AM

Angkara bateri mati, pemilik Tesla Model S tak boleh masuk kereta sendiri - kos ganti RM 87k! 01

Memiliki kereta idaman anda tidak seharusnya tidak sesukar ini. Bagi seorang pemilik Tesla Model S berharga $140,000 (RM 477,884), dia telah serik untuk membeli kenderaan jenama tersebut atas masalah yang tidak dipedulikan oleh Tesla sendiri.

Mario Zelaya, pemilik Tesla Model S di Kanada telah menyelar kereta idamannya itu sebagai "sampah" kerana mendapati bahawa kereta itu dikunci apabila bateri kenderaan tersebut mati, menghalangnya daripada masuk ke dalam.

@supermariozelaya Gas is the way to go โ›ฝ๏ธ ๐Ÿ˜ค #tesla #car #viral โ™ฌ sonido original - Usuyo uwu

Keluhannya dimuat naik di media sosial tiktok dengan kapsyen berbunyi: "$26K (RM 87k) untuk bateri baharu. Dikunci daripada kereta. Panggilan semula produk diperlukan." dalam hantarannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih malang lagi, Mario cuba untuk menjual kereta tersebut namun dokumen pemilikan turut terkunci di dalam Tesla Model S itu.

Masalah yang dihadapi dikatakan berpunca daripada Tesla Model S kumpulan pengeluaran tahun 2013-2014 yang mempunyai isu air daripada sistem penyaman udara bocor dan menyelinap ke bateri kereta lalu menyebabkannya rosak.

Baca: Tesla Model S Plaid diumumkan: 1,100 PS, 0-100 dalam masa kurang daripada 2 saat

Angkara bateri mati, pemilik Tesla Model S tak boleh masuk kereta sendiri - kos ganti RM 87k! 01

Walaubagaimanapun, Tesla dikatakan tidak memberi sebarang respons mengenai masalah tersebut.

Hal ini membuatkan Mario dan beberapa pemilik lain menurut Mario, untuk menuntut supaya Tesla memberi penjelasan dan kerjasama terhadap masalah ini.

Pada akhirnya, Mario memuat naik satu lagi video yang mengatakan bahawa "Saya tidak akan membeli Tesla lain lagi.

@supermariozelaya Replying to @Daddiebear “Full of BS”? You’re going to love this video. ๐Ÿ˜† Denial is the first stage of grief. I understand your pain. The truth hurts. Next is anger; Embrace it when you find out I’ve been telling you all the truth about the cost of the car, price for a new battery and water that leaked in. Enjoy your Tesla while it lasts. ๐Ÿ˜ซ #tesla #car โ™ฌ original sound - Mario Zelaya

"Itulah cara terbaik bagi saya untuk memberi nasihat agar anda menjauhkan diri daripada Tesla. Mereka adalah jenama kereta yang kejam, pengeluar yang kejam, dan lebih teruk lagi, mereka adalah sebuah syarikat berusia 10 tahun."

Dalam satu video lain, Mario berkata dia berjaya menjual Tesla Model S itu dan seseorang akan mengambilnya dari tempat letak kenderaannya. Pembeli baharu itu kemudiannya dilihat akan cuba membuka bampar hadapan dan kemudian mengecasnya dari situ. Kredit: Mario Zelaya

Baca: Harga RM 449k untuk Tesla Model Y rasmi di Singapura, sebenarnya murah bagi mereka?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda