window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual

Khairil · Jan 27, 2021 04:00 PM

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 01

Selepas Ujian Musim Sejuk dan Ujian Pra-musim Rasmi pertama MotoGP yang dijadual di Malaysia, bulan depan menjadi 'mangsa' pandemik Covid-19 tahun ini, tiba giliran GP Argentina dan GP Americas yang berkemungkinan besar tersisih daripada kalendar perlumbaan elit dua roda berkenaan.

Perkembangan yang pasti mendukacitakan peminat sukan permotoran seluruh dunia itu diumumkan oleh penganjur perlumbaan, Dorna menerusi jadual perlumbaan yang dikemaskini, baru-baru ini.

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 02

Kalendar asal perlumbaan MotoGP 2021

Begitupun, tiada perubahan membabitkan tiga sesi ujian yang dialihkan ke Qatar bermula pada 5, 6-7 dan 10-12 Mac di Litar Losail.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Turut tiada perubahan ialah perlumbaan pembuka tirai di Losail pada 28 Mac namun berikutan penundaan GP Argentina dan GP Americas yang pada awalnya dijadual selepas itu, Qatar dijadual menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua.

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 01

Perlumbaan yang menggantikan GP Argentina pada 1 April itu menggunakan GP Doha manakala GP Americas digantikan dengan GP Portugal pada 18 April.

Tiada perubahan lain selepas itu dengan GP Malaysia yang dijadual pada 31 Oktober masih kekal dalam jadual berkenaan.

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 02

Begitupun, ia pastinya masih bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 ketika itu.

Selepas perlumbaan pusingan ke-14 di Eropah yang berlangsung di San Marino, perlumbaan beralih ke Jepun pada 3 Oktober, Thailand (10 Oktober), Australia (24 Oktober) diikuti Malaysia sebelum ia menutup tirai di Valencia pada 14 November.

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 03

Ketika ini, pihak Litar Antarabangsa Sepang dikhabarkan sedang berusaha keras bagi mendapatkan kebenaran pihak kerajaan untuk penganjuran perlumbaan MotoGP di negara ini termasuk dengan mengenakan SOP yang amat ketat.

Angkara Covid-19, GP Argentina, Americas ditunda. GP Malaysia masih kekal dalam jadual 04

Sebagai rekod, perlumbaan MotoGP musim lalu yang berlangsung sebanyak 14 pusingan dijalankan di benua Eropah saja bermula pada 19 Julai berikutan penularan Covid-19.

Sumber imej: Facebook MotoGP, Facebook SIC

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda