window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Anthony Loke tinjau masalah Aerotrain KLIA, bas 'shuttle' ditambah untuk tampung penumpang

Mersita · Jan 9, 2023 06:00 PM

Anthony Loke tinjau masalah Aerotrain KLIA, bas 'shuttle' ditambah untuk tampung penumpang 01

Perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) yang membawa penumpang dari terminal utama ke terminal satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal beroperasi sepanjang masa sebagai salah satu langkah mitigasi untuk menangani masalah ketidakstabilan perkhidmatan Aerotrain.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata isu perkhidmatan Aerotrain merupakan masalah operasi paling besar dihadapi lapangan terbang itu ketika ini berikutan salah satu daripada dua set Aerotrain mengalami masalah teknikal dan tidak dapat beroperasi.

Anthony Loke tinjau masalah Aerotrain KLIA, bas 'shuttle' ditambah untuk tampung penumpang 02

Aerotrain KLIA. Kredit foto

“Pihak pengurusan MAHB memang telah memutuskan projek untuk menaiktaraf sistem dan membeli set aerotrain yang baru namun projek itu hanya akan siap dan beroperasi dalam tempoh 24 bulan,” katanya lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara menunggu, beberapa langkah mitigasi diambil termasuk menyediakan bas ‘shuttle’ yang beroperasi sepanjang masa (terdahulu mengikut kekerapan tertentu) dan lebih banyak bas panjang yang akan ditambah dalam operasi menjelang bulan Mac untuk keselesaan dan mengurangkan kesesakan penumpang.

Juga baca: Setelah dua dekad beroperasi, Aerotrain KLIA bakal diganti dengan yang baru

Anthony Loke tinjau masalah Aerotrain KLIA, bas 'shuttle' ditambah untuk tampung penumpang 01

Penggunaan Aerotrain juga dihadkan hanya untuk kegunaan orang awam, juruterbang, dan kru kabin manakala staf MAHB serta pekerja kedai hanya boleh menggunakan bas ‘shuttle’. Perjalanan bas ‘shuttle’ antara kedua-dua bangunan berkenaan memakan masa kira-kira 4 minit.

Selain itu, langkah mitigasi lain turut melibatkan kebenaran bagi lebih banyak pesawat ‘wide-body’ seperti A350 yang melibatkan penerbangan antarabangsa untuk parkir di terminal utama tertakluk kepada kekosongan ‘bay’, selain menempatkan lebih ramai kakitangan di ‘check point’ untuk menguruskan pergerakan penumpang dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

Juga baca: Bas KLIA baru ala-Heathrow bantu bawa penumpang sementara tunggu Aerotrain baru

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda