window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai

Mersita · Jul 4, 2021 02:00 PM

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 01

Toyota Alphard sememangnya terkenal di kalangan golongan ‘have-have’ dan para menteri kerana ia membawa imej mewah selain daripada keselesaan yang ditawarkan. Harga sebuah Alphard baharu saja sudah mencecah RM 450,000. Ramai yang berfikir bila dah beli Alphard, baik duduk dalam kereta saja sebab harganya sama dengan sebuah kondo/apartment!

Apa lagi pilihan lain bagi pembeli yang ingin mencari kereta 7 tempat duduk dengan tahap keselesaan yang memuaskan? Senarai pilihan kami kali ini cukup sesuai untuk perjalanan keluarga balik kampung, tak perlulah Alphard kalau tak mampu.

Honda BR-V – Harga dari RM 86,726 hingga RM 93,420

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama sekali dalam senarai kami ialah Honda BR-V, kereta 7 tempat duduk paling mampu-milik di sini. Dengan tanda harga bermula dari RM 86,726, Honda BR-V ialah pilihan kegemaran di kalangan pembeli berkeluarga.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 01

Ia dibina di atas platform kereta penumpang, oleh itu tahap keselesaan BR-V ketika dipandu jauh lebih bagus daripada saingannya seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush. Aruz/Rush pula dibina di atas platform ‘semi-ladder frame’.

Malah, trek belakang BR-V yang lebih lebar bermaksud ia lebih selesa daripada Honda City generasi terdahulu, dan setaraf dengan City terkini.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 02

Dikuasakan dengan enjin 120 PS dan 145 Nm, Honda BR-V juga merupakan salah sebuah kereta 7 tempat duduk berkuasa paling tinggi yang dijual pada harga bawah RM 100,000.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 03

BR-V diberi sedikit pembaharuan pada tahun lepas – menampilkan rupa bentuk yang diperbaharui dan beberapa kelengkapan baharu termasuklah ‘paddle shifters’, ‘tweeter speakers’, dan penapis kabin.

Baca juga: Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti

Mitsubishi Xpander – RM 91,359

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 04

Sejak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membuka buku tempahan untuk Mitsubishi Xpander, ia tampil sebagai model yang sangat popular lalu mengukuhkan posisinya sebagai MPV bukan nasional No.1 di Malaysia.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 05

Jika anda anggap ruang dalaman Honda BR-V dah cukup segak, tunggu sehingga anda berpeluang masuk ke dalam kabin Xpander pula.

Bukan sahaja ia dilengkapi dengan kelengkapan canggih seperti Android Auto dan Apple CarPlay, Xpander juga menawarkan sejumlah besar ruang simpanan kecil – termasuklah ruang simpanan tersembunyi di bawah tempat duduk penumpang hadapan serta ruang ekstra dua tingkat di lantai butnya.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 06

Apabila dipandu, kemahiran Mitsubishi dalam penalaan suspensi nampak ketara – Xpander meluncur lembut dan selesa. Lagipun, jarak roda Xpander sebenarnya lebih panjang daripada jarak roda Toyota Innova dan ini amat ideal bagi perjalanan jauh.

Satu saja kekurangannya – Xpander Cuma ada dua beg udara.

Baca juga: SAH! Mitsubishi Xpander 2023 generasi seterusnya akan dapat trenkuasa hibrid

Nissan Serena S-Hybrid – RM 140,226 hingga RM 152,226

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 07

Bagi keluarga yang perlu membawa ramai anak kecil ke sana ke mari, Nissan Serena S-Hybrid pasti menjadi pilihan yang wajib dipertimbangkan.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 08

Pintu gelongsor memang banyak kelebihannya – boleh dibuka secara automatik, jimat ruang

Walaupun ruang bawah keretanya tidak seluas SUV dan tidak seranggi SUV, namun Serena S-Hybrid jauh lebih praktikal dan memudahkan.

Ibu ayah dengan anak kecil boleh menguruskan anak-anak dengan mudah – contohnya apabila hendak memuatkan mereka di dalam kerusi keselamatan ataupun menukar lampin di tempat duduk sambil berdiri di luar kereta – kerana ia ada pintu gelongsor dengan bukaan luas.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 09

Di dalamnya, Serena S-Hybrid menampilkan tempat duduk kapten di barisan kedua – sesuatu yang tiada pada mana-mana pesaing dalam lingkungan harga yang sama. Bukan itu saja, Serena S-Hybrid juga menawarkan tujuh port pengecas USB – memang cukup untuk seisi keluarga.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 10

Kekurangannya pula? Pengendaliannya tidak seberapa, namun perlu diingatkan yang kereta ini ialah MPV berketinggian 1.8 meter dan bukannya ‘sports car’. Memandangkan tempat duduk pemandunya selesa bak sofa, anda takkan perasan pengendaliannya yang ‘kureng’.

Baca juga: Rebiu: Nissan Serena MPV yang bagus, tapi ada pilihan lain yang lebih baik

Mitsubishi Outlander – RM 133,491 hingga RM 147,762

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 11

Mitsubishi Outlander adalah satu-satunya SUV segmen C dalam senarai ini kerana tempat duduk barisan ketiganya ialah antara yang paling luas dalam segmen itu.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 12

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ada dua varian di pasaran sekarang – salah satu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter, manakala yang satu lagi diberi enjin 2.4 liter. Kedua-duanya beraspirasi natural (NA) dan dipadankan dengan CVT.

Berbeza dengan sistem AWD Subaru yang sentiasa aktif, sistem 4WD Outlander boleh dinyahaktifkan untuk gandar belakangnya bagi kondisi pemanduan normal. Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan minyak disamping mengekalkan masa tindak-balas pantas bagi sistem 4WD sepenuh masa yang digunapakai.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 13

Walaupun SUV ini meluncur dengan rim 18 inci dan tayar ’55-series’, tahap keselesaannya cukup mengagumkan. Outlander boleh menyerap hentakan dari jalan kurang rata dengan mudah dan ini pastinya menawarkan keselesaan yang hebat.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 14

Namun, kekurangan Outlander ialah ketiadaan kelengkapan ADAS dan saluran penghawa dingin bagi penumpang belakang juga tiada.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander - tahan lasak, pandu sedap tapi kuda tua?

Kia Grand Carnival – RM 169,888 hingga RM 183,888

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 15

Senarai ini belum lengkap jika tiada si MPV gergasi, Kia Grand Carnival.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 16

Dengan panjang badan lebih 5 meter, ia lebih panjang berbanding Toyota Alphard. Kia Grand Carnival juga boleh memuatkan lebih ramai penumpang – 11 orang boleh duduk di dalamnya dengan selesa.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 17

Usah dipandang enteng dengan mengatakan MPV ini kononnya tak laju. Enjin turbodiesel 2.2 liter-nya menjana kuasa 200 PS dan 440 Nm. Kuasa ini cukup untuk memacu SUV 2.2 tan ini dari keadaan pegun sehingga mencapai kelajuan 100 km/jam dalam masa hanya 10.5 saat.

Apa barang Alphard? 5 kereta 7 tempat duduk lain yang cukup selesa untuk keluar beramai-ramai 18

Kelengkapannya juga serba-serbi, dengan sistem infotainmen berserta Android Auto dan Apple CarPlay lengkap dengan port pengecas USB. Kekurangannya ialah ia tiada kelengkapan ADAS.

Baca juga: Video: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk – pilihan terbaik selain Vellfire/Alphard?

Kesimpulan

Senarai ini mungkin agak ringkas, namun ia boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mencari kereta keluarga dengan 7 tempat duduk atau lebih.

Ya, memang ada pilihan lebih murah seperti Perodua Alza dan Proton Exora. Tapi, model-model ini sudah lama dan kami tak sarankan beli Alza atau Exora serba baru pada 2021.

Sebaliknya, jika anda mahukan kereta 7 tempat duduk dari Proton dan Perodua, kami sarankan anda tunggu kehadiran Perodua Alza generasi baharu ataupun Proton X90 yang berdasarkan Geely Haoyue.

Baca juga: Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga!

Baca juga: Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda